Skip to main content

Sukan

Masters Jepun: Aaron-Roy King singkir Sze Fei-Nur Izzuddin, mara ke suku akhir

Aaron Tai-Yap Roy King. - Gambar fail/BAM
Aaron Tai-Yap Roy King. - Gambar fail/BAM
Advertisement

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King muncul wakil tunggal Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun 2026 selepas menewaskan rakan senegara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani, 21-14, 21-15 hari ini.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Kumamoto Prefectural Gymnasium, pasangan ranking ke-57 dunia berkenaan mencipta kejutan apabila menundukkan pilihan keempat kejohanan yang juga beregu nombor lima dunia itu dalam tempoh 28 minit.

Menanti Aaron-Roy King di suku akhir ialah pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan, yang menghuni ranking ke-15 dunia.

Advertisement

Sementara itu, hasrat satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk mengiringi rakan senegara mereka ke suku akhir tidak kesampaian apabila tersingkir di pusingan kedua.

Pilihan kelapan kejohanan itu tewas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, yang menghuni ranking ke-14 dunia, 15-21, 18-21 dalam tempoh 34 minit.

Advertisement

Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing turut terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada pasangan China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, 12-21, 19-21.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement