BLACKPINK in your area!

Selepas kumpulan sensasi Korea , BTS mendapat tempat di Amerika Syarikat, kini tiba masa buat BlackPink pula mendapat peluang tersebut.

Menurut Portal Billboard, BlackPink telah muncul buat pertama kalinya di dalam satu rancangan bual bicara iaitu The Late Show with Stephen Colbert.

Mereka telah membawakan lagu hit mereka yang berjudul “Ddu-Du Ddu-Du.”

Persembahan mereka di rancangan itu telah didahului dengan berita gembira buat peminat-peminat mereka di Amerika Syarikat dengan pengumuman tarikh konsert jelajah mereka yang akan diadakan pada 17 April.

Mereka juga akan menjadi kumpulan idola K-pop yang pertama muncul pada kedua-dua hujung minggu Coachella 2019.



BlackPink merupakan kumpulan K-Pop wanita yang kedua membuat persembahan dalam rancangan tersebut selepas Girls Generation yang memperkenalkan lagu “The Boys” versi inggeris kepada peminat mereka di Amerika Syarikat pada tahun 2012 ketika itu di hoskan oleh David Letterman.
Kemunculan mereka dirancangan itu pada selasa telah trending di Twitter dengan #BLACKPINKonLSSC.

BACA: #TearItUpBTS: Segala-galanya kerana ARMY

B
ACA: BTS berkolaborasi dengan Lady Gaga, Dolly Parton?