awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek

Gempak
Gempak
05/07/2024
10:49 MYT
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold. -Gempak
PELAKON Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Terharu Dipilih
Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 43, menyatakan bahawa dirinya agak terkejut apabila dipilih bagi menjayakan watak Rashid kerana telah lama tidak melibatkan diri dalam sukan badminton, namun diyakinkan oleh pengarah filem Gold sendiri iaitu Adrian Teh.
“Sebelum saya menerima naskhah ini, saya agak terkejut apabila pengarah (Adrian Teh) memilih saya untuk pegang watak ini sebab kali terakhir saya pegang raket badminton dah 30 tahun lepas.
“Tapi dia (Adrian Teh) rasa saya sesuai untuk watak ini. Dan bila saya terima watak Rashid Sidek mereka sediakan latihan selama sebulan setengah untuk berlatih,” katanya ketika ditemui Gempak.
Sekadar info, selain Farid Kamil, filem aksi sukan Gold turut menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Wan Raja dan Yasmin Hani selain penampilan muka baharu antaranya Jack Tan dan Lynn Lim sebagai teraju utama.
Sinopsis Gold:
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
Ketika dia berusaha untuk menempatkan namanya dalam arena sukan nasional, beliau didapati menghidap penyakit saraf yang dikenali sebagai Erb's Palsy.
Kehilangan ayah sebagai penyokong kuatnya juga membuatkan Liek Hou hilang arah.
Namun, apabila acara Paralimpik dunia mengiktiraf badminton sebagai sukan yang akan dipertandingkan di Tokyo, Liek Hou bangkit semula dengan bantuan jurulatih dan pemain legenda Malaysia, Rashid Sidek.
Saksikan filem Gold terbitan Astro Shaw dan Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films & One Cool Entertainment di pawagam 11 Julai seluruh Malaysia. -Gempak
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Farid Kamil Zahari
#rashid sidek
#Gold
#Cheah Liek Hou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan