awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Golden Globe, dua filem terima tujuh pencalonan

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2013
00:10 MYT
Golden Globe, dua filem terima tujuh pencalonan
Filem "12 Years A Slave" mendapat pencalonan terbanyak untuk Anugerah “Golden Globe” dengan tujuh pencalonan. Bagaimanapun, filem itu bersaing sengit dengan "American Hustle" yang menerima jumlah pencalonan serupa.
"12 Years A Slave" merupakan filem berdasarkan memoir Solomon Northup lelaki yang diculik dan dijual untuk dijadikan hamba pada 1853.
Selain pengarah dan filem terbaik drama, filem itu turut menerima pencalonan untuk pelakon utama dan pembantu lelaki terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik.
"American Hustle" pula menerima tujuh pencalonan termasuk filem terbaik komedi atau muzikal, pengarah terbaik serta pelakon pembantu wanita terbaik untuk Jennifer Lawrence.
Antara kategori yang menjadi perhatian utama ialah pelakon wanita terbaik drama yang mencalonkan Sandra Bullock untuk filem "Gravity".
Dia bakal bersaing dengan Judi Dench dari "Philomena", Cate Blanchett dari "Blue Jasmine", Emma Thompson "Saving Mr. Banks" dan Kate Winslet dari "Labor Day".
Sementara itu, pengkritik filem agak terkejut apabila "The Butler" tidak mendapat sebarang pencalonan.
Begitu juga dengan kategori televisyenapabila tiada penerbitan dari syarikat gergasi HBO dicalonkan.
"The Butler" filem arahan Lee Daniels merupakan kisah benar Cecil Gaines yang menjadi pembantu White House selama pentadbiran lapan presiden.
Anugerah "Golden Globe" yang dianjurkan Hollywood Foreign Press Association bakal berlangsung pada 12 Januari depan.
Topic Berkaitan
#12 Years A Slave
#American Hustle
#Golden Globe
#Sandra Bullock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan