KESEMUA bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) membuat persembahan yang cukup bertenaga pada minggu pertama pentas program hiburan nombor satu ini bersiaran.
Bertemakan Kembali Menyengat, 13 bintang GV9 menyampaikan lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan ramai.
Jaclyn Victor memberikan saingan sengit buat semua bintang yang bertanding menerusi penyampaian luar biasa lagu Di Bawah Pohon Asmara dan Gemilang.
Meskipun Hazrul Nizam berada di tangga tercorot, penyanyi lagu Kaulah Segalanya itu mara ke minggu depan berikutan tiada penyingkiran.
Penyanyi legenda Rahimah Rahim dijemput sebagai juri jemputan di samping juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:
1. Jaclyn Victor - Di Bawah Pohon Asmara X Gemilang (88.40%)
Ramli MS: Dia datang tempat yang betul. Dia nak menyanyi. So sing it. Kau tengok posisi dia nyanyi, aku tak pernah tengok dia nyanyi macam ni di tempat lain.
Rahimah Rahim: Jac you beyond word, fabolous, fantastic. Especially you punya high note itu yang mahal, betul.
Hetty Koes Endang: Jangan cepat puas dulu, masih ada 9 minggu. Tetap harus latihan walaupun kita profesional. Minggu depan minggu nyanyi lagu orang lain, itu cabaran buat kita sebagai peserta, bunda yakin kamu adalah pejuang, kamu penyanyi yang basicnya begitu kuat. Improvisasinya susah kata tapi jangan cepat puas. Itu menurut bunda, good luck.
Syafinaz Selamat: I memang menyampah, dia ni macam telan CD, telan radio, telan Spotify. But Jaclyn, ini competition. Jaga kesihatan, all the best.
2. Shila Amzah - Patah Seribu X Memori Tercipta (85%)
Ramli MS: Saya suka kamu sekarang. Kamu dah understand apa itu penjiwaan and you still young. Ada masa untuk you tebalkan ilmu nyanyian. Plus you seorang komposer, you boleh produce banyak benda yang elok. Next week is a war.
3. Tomok - Sejarah Mungkin Berulang X Meraung (84.10%)
Hetty Koes Endang: Kita bernyanyi itu ibarat bercerita. Itu yang bunda selalu lakukan. Isinya kita baca, kita resapi. Malam hari ini Tomok, storytelling kamu berhasil pada bunda, penjiwaan kamu bagus, stage act penting bagus, tetapi minggu depan kerana pesertanya bagus-bagus, bahaya untuk kamu, jadi berlatih, berlatih dan berlatih. Kamu harus lebih hebat. Untuk malam ini kamu suskes.
Syafinaz Selamat: Tomok ini seorang fighter. Dalam apa pertandingan apa pun tak nak kalah. Berhabis-habisan. Tidak pantang menyerah.
4. Dina Nadzir - Cinta Datang Lagi (83.80%)
Ramli MS: Nabil, ini bunyi orang jujur menyanyi. Dia ni bila kamu buka suara, suara kamu sangat jelas bunyi. Dari segi kejujuran dia menyanyi, natural dia keluarkan. Dia jujur, perangai dia atas stage very good. Next week i want to hear you continue.
Hetty Koes Endang: Bravo! Improvisasi tetap improve kerana minggu ini, minggu 10 kali, jaga kesihatan. Selamat bertemu, yang penting apa yang kamu keluarkan ikhlas jadi putarkanlah lagu bunda.
5. Bob Yusof - Cinta Seorang Teman (83.60%)
Syafinaz Selamat: Bob daripada AF saya suka suara dia, lemak berkrim. Antara bakat yang pada saya kurang diberi perhatian. Sepatutnya bakat inilah yang patut dihargai dijulang, beautiful Bob. Bob nyanyi lagu genre apa pun tak penrah mengecewakan. I love you.
6. Roy Kapilla -Dikir Rambong (70.60%)
Rahimah Rahim: Bagus! Persembahan yang sangat baik sekali.
Hetty Koes Endang: Malam ni saya terhibur. Tapi ingat ini pertandingan minggu depan Roy akan nyanyikan lagu orang lain. Pokoknya malam ni bunda dan semua juri enjoy.
7. Pat Candy - Akan Ku Tunggu (68.40%)
Rahimah Rahim: Selalunya saya dengar lagu ni anak saya tanya nak balik pukul berapa, saya cakap nanti, dia akan menyanyi lagu Akan Ku Tunggu. You sing very well, tahniah. Dan saya suka, jarang tengok penyanyi bermain gitar. It was a fabulous performance.
8. VE - Tunggu X Kerna Sayang (67.10%)
Ramli MS: Baju cantik saya suka colour ni. Kalau saya mendengar lagu ni, kamu punya nyanyi tu macam orang berlatih 8 jam. Sangat berat saya appreciate. Harap teamwork kekal. Music never dies.
9. Haida Hasnan - Hajat (65.70%)
Syafinaz Selamat: Haida dah berapa lama tak duduk atas pentas? Walaupun dah 15 tahun tapi masih bertaring. Saya ingat suara Haida nyaring betul tapi sekarang masih lembut, manja dan bila naik atas tu dia zapp! Persembahan Haida sangat baik.
10. Bila Rindu - Fuad Rahman (63.70%)
Syafinaz Selamat: Saya sebenarnya terpaksa pergi ke YouTube untuk tahu siapa Fuad Rahman. Wow saya kata, ini kita tak boleh under estimate apa yang dia boleh buat. Beautiful voice cuma malam ini ada macam takut sikit. Jangan takut, selain mereka yang jerit Fuad di sini, satu Singapore rooting for you.
Rahimah Rahim: Lama tak nampak Fuad dalam arena seni. Orang Singapore rindu pada Fuad, kira harap you do the best, kita nak tunggu you next round.
11. Tom - Lagu Untuk Kuala Lumpur (61.50%)
Hetty Koes Endang: Bunda yakin semua peserta yang masuk GV9 adalah penyanyi yang berkualiti. Tapi hanya satu yang membezakan peserta satu dan seluruhnya adalah persiapan, latihan dan kerja keras. Jadi berikanlah yang terbaik bukan untuk para juri tapi untuk diri kamu sendiri, menurut bunda. Saya rasa cukup sampai situ dari bunda, pesan untuk semua.
12. Asheed Def Gab C - Cinta Sakti (61.20%)
Rahimah Rahim: Happeninglah! Dia punya tak rasa pertandingan, rasa buat konsert. Tahniah!
Syafinaz Selamat: Tak ada nak cakap apa,, i tengok macam abang Asheed rocker yang slow-mo.
13. Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya (56.20%)
Hetty Koes Endang: Hazrul, jika kita menyanyi terlalu emosi, itu pasti akan sedikit sharp atau flat. Bunda tak nak berbahas hal itu tapi saya hsrus menyampaikan yang jujur. Suara rendah kamu bunda suka. Improvisasi boleh, tapi di kala ada penari, agak terganggu. Saat nada tinggi, banyak keluar tapi dari segi lagu, penjiwaan, overall bunda yakin kamu harus lebih bagus.
Syafinaz Selamat: Dah berapa lama you tak berada di pentas besar lama sangat. Mereka semua supporter u, hadi jangan takut okay. Jgn fikir tentang petandingan, hanya ada di sini untuk diri you.
Musim baharu ini turut membawa semula Nabil Ahmad sebagai hos dan dia akan ditemankan oleh pelakon serta alumni ‘Gegar Vaganza 3’, Elly Mazlein. Pastinya pentas menjadi gamat dengan kombinasi kedua-dua hos yang kelakar ini.
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan GV9 turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi.
Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama. Sidang media GV9 turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur.
Selain itu, penganjuran GV9 juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan GV9 secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
GV9 berlangsung selama 10 minggu, secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 18 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 Astro hanya RM99.99 sebulan untuk enam bulan pertama secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro. -- Gempak
Gempak
Mon Sep 19 2022
Bertemakan Kembali Menyengat, 13 bintang GV9 menyampaikan lagu-lagu hit mereka yang menjadi siulan ramai. -- Gempak
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Beralah! Cham, Adeep, Hakim dan Fakhiz takkan guna nama V.E
Tidak menggunakan nama kumpulan V.E lagi bukan bermaksud Cham, Adeep Nahar, Hakim dan Fakhiz akan berpecah dan membawa haluan masing-masing.
"Dia nak tebus balik silap" - Tom terbuka hati terima kembali Fuad Rahman
Bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Tom bersedia untuk kembali mengenali bekas teman lelakinya, penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman.
GV9: Menang RM100,000, ini yang Jaclyn Victor rancang dengan anak-anak
Sebagai ibu tunggal, Jac harus utamakan masa depan dua orang anaknya.
Jaclyn Victor muncul juara Gegar Vaganza 9
Jaclyn Victor mengalahkan lima peserta yang lain dengan muncul juara Gegar Vaganza 9 (GV9) membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000.
GV9: Dina, Fuad tersingkir di minggu separuh akhir
Dina menyampaikan lagu Bukan Dia Tapi Aku nyanyian asal Judika manakala Fuad pula mendendangkan Di Alam Fana Cintamu nyanyian asal kumpulan Fotograf.
GV9: Asheed Def Gab C tersingkir minggu kesembilan
Perjalanan peserta Asheed Def Gab C terhenti di konsert minggu kesembilan Gegar Vaganza musim ke Sembilan (GV9), malam tadi.
GV9: Dina hampir tarik diri, sokongan orang tersayang suntik semangat
Persembahan pada minggu ketujuh dianggap terlalu istimewa buat Dina.
GV9: Tom tersingkir pada hari ulang tahun ke-35
Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom tersingkir pada konsert minggu ke tujuh yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.
GV9: Ikut etika, jangan main siar di media sosial anda!
Hukuman penjara atau denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali boleh menanti pesalah cetak rompak.
GV9: Hilang fokus sewaktu rehearsal, Tok Ram 'marah' Dina Nadzir; 'Saya jerit, kenapa nyanyi teruk'
Dia memarahi Dina sebelum dimaklumkan bahawa penyanyi itu sebenarnya sedang berdepan situasi getir mengenai berita ayahnya.