ANUGERAH Juara Lagu ke-33 (AJL33) merupakan antara pentas muzik yang berprestij menjadi idaman kebanyakan pemuzik, pencipta lagu dan juga penyanyi untuk mengenengahkan karya seni mereka.
Banyak perkara berlaku di sepanjang persembahan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad.
Namun, di sebalik cerita, gosip mahupun kritikan yang diperkatakan netizen di media sosial, ada beberapa perkara yang boleh kita pelajari daripada pentas AJL33.
1. Kembali kepada asas
Apabila menyertai mana-mana pertandingan, setiap orang akan berazam untuk melakukan yang terbaik.
Apa lagi bagi pertandingan seperti AJL33 yang mempertaruhkan sesebuah karya yang melibatkan pemuzik mahupun penyanyi biasanya mreka akan cuba sedaya upaya membuat kelainan bagi memastikan karya yang dipersembahkan diingati penonton.
Akan tetapi, perbuatan berlebih-lebihan amat membahayakan dan mungkin merosakkan persembahan.
Kita boleh contohi persembahan yang dibuat Misha Omar menerusi lagu Sampai Bila yang secara bersahaja menekankan kualiti vokal dan penggunaan pentas minimalis.
Misha bukan hanya dihadiahkan 'standing ovation' bahkan turut meninggalkan kesan emosi yang mendalam buat penonton.
Dalam kalangan finalis AJL33 lain, persembahan Siti Nordiana dan Jaclyn Victor juga turut dipuji sehinggakan ada yang mengatakan kualiti vokal yang dipersembahkan sama seperti dalam bentuk rakaman.
2. Masa untuk buktikan sesuatu yang bukan normal
Persembahan Syamel menerusi lagu Kau Pun Sama boleh kita contohi.
Rata-rata peminat tahu kualiti vokal Syamel setiap kali beliau mendendangkan lagunya.
Tetapi, ramai juga tidak tahu bahawa Syamel mampu menari sambil menyanyi ketika beraksi di pentas.
Ia dibuktikan menerusi persembahannya pada Ahad yang nyata mendapat pujian ramai malah ada yang tidak menyangka Syamel mampu melakukannya dengan baik.
Ya la, nak menyanyi sambil menari bukan satu perkara yang mudah, ia memerlukan stamina dan displin yang tinggi.
3. Bercerita ketika membuat persembahan
Kata orang, ada antara lagu yang dicipta selari dengan kisah kehidupan penyanyi berkenaan dan kebanyakan lagu seperti ini memang menjadi siulan dan ingatan ramai.
Lagu 'Di Matamu' dendangan Sufian Suhaimi menjadi isu paling hangat diperkatakan sepanjang AJL33 malah, sehingga saat ini masih ramai yang membincangkannya.
Usaha yang dibuat Sufian bersama pasukannya dalam memanfaatkan kisah cinta sebelum ini membuahkan hasil yang positif.
Biarpun Sufian sendiri menafikan bahawa lagu berkenaan tiada kaitan dengan kisah hidupnya, tetapi persepsi yang timbul sebelum, semasa dan selepas persembahannya menjadi kekuatan kepada pemenang kategori Persembahan Terbaik AJL33 ini.
Pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai #TeamDiMatamu menampilkan set pelamin ala-ala Pelangin Anganku Musnah versi lelaki nyata memberi kesan emosi kepada penonton tak kira di mana mereka menikmati persembahan ini.
Malah dengan kejayaan penceritaan oleh Sufian Suhaimi namanya terus disebut-sebut sepanjang hari akibat kesan yang ditunjukkan ketika membuat persembahan.
Jadi, perkara ini mampu dijadikan pengajaran buat kita semua tak kira di mana industri kita berada.
Apa yang penting manfaatkan platform yang kita berjaya duduki sebaiknya kerana di mana sahaja kita berada di situ ada peluang untuk kita mantapkan potensi diri.
BACA: Haram nafikan kemaraan Misha Omar di AJL 33
Hilal Azmi
Mon Feb 04 2019
LAGU Haram nyanyian Dayang Nurfaizah da Hael Husaini ditabal sebagai Juara Lagu kerana memiliki elemen inovasi dari segi melodi dan susunan muzik. - Gambar Instagram TV3
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Dulu 'keji', last-last budak rap juga yang bawa elemen traditional - Altimet
Altimet seolah-olah menyindir sebilangan orang ramai yang mengkritik penyanyi rap dan dikatakan melupakan budaya warisan Melayu.
Hal yang boleh dipelajari di pentas AJL33
Pentas besar semestinya ada peluang besar untuk pesertanya.
Doakan kemenangan Sufian Suhaimi, tweet Elfira Loy dikecam netizen
Pelakon Elfira Loy menerima kecaman pengguna media sosial selepas memuat naik ucapan untuk bekas tunangnya, Sufian Suhaimi.