PERSONALITI media sosial, Ryan Bakery mendedahkan ada segelintir pihak yang kurang senang dengan salah satu video konten yang dihasilkan olehnya.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery video itu tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya merupakan pengalaman sendiri yang pernah dilalui dalam hidupnya.
“Memang ramai yang marahkan saya bila saya buat video mengenai pekerja hospital yang menjaga kaunter itu. Malah, ramai juga yang follow akaun Tik Tok saya disebabkan video tersebut.
“Saya rasa, mungkin mereka dari kalangan yang terasa. Memang dari dahulu lagi saya selalu membuat video tentang ragam masyarakat.
“Bila saya buat video tersebut, bukan bermakna saya nak hentam sektor kesihatan. Habis tu, kalau saya buat konten mengenai peniaga, itu bermakna saya jatuhkan peniaga juga ke? Tidak,” katanya kepada Gempak.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Tik Tok Awards Malaysia yang berlangsung di sebuah premis acara di Kuala Lumpur pada Selasa.
Disebabkan video itu juga, Ryan berkata ada segelintir pihak yang menegurnya sehingga ke ruangan direct message (DM).
“Video itu merupakan pengalaman saya sepanjang berjumpa dengan orang. Namun, saya jadikan isu tersebut sebagai hiburan sahaja dan bukan untuk menyerang mana-mana pihak.
“Bila ada yang DM dan menegur saya mengenai video kaunter hospital itu, saya muat naik satu Instagram Stories dan terangkan semula kepada mereka secara baik.
“Saya bagitahu yang saya tiada niat nak menghina dan saya hanya lakonkan semula ragam manusia di Malaysia ini.
“Konten ini ada pelbagai jenis. Mungkin nanti kita buat video fasal polis yang jaga roadblock pula,” jelasnya.
Terdahulu, Ryan telah memuat naik sebuah konten mengenai ragam petugas kesihatan yang menjaga kaunter pendaftaran di hospital.
Video berkenaan mendapat sambutan luar biasa sehingga meraih lebih tujuh juta tontonan di aplikasi TikTok.
Sebelum ini, Ryan memang dikenali sebagai pembikin konten yang selalu membawakan isu berkaitan dengan ragam masyarakat.
Dalam perkembangan terbaharu, Ryan telah tercalon untuk kategori Popular Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023. Tik Tok Award Malaysia 2023 bakal berlangsung pada 27 Ogos ini di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.
Tiga selebriti terkenal tanah air iaitu Sherry Alhadad, Izzue Islam dan Amelia Henderson telah diberikan tanggungjawab selaku pengacara. -Gempak
Gempak
Thu Aug 17 2023
Menurut Ryan, video itu tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya merupakan pengalaman sendiri yang pernah dilalui dalam hidupnya. -Gempak
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
'Hanya lakonkan ragam masyarakat' - Video jaga kaunter hospital Ryan Bakery undang kemarahan?
Menurut Ryan, video itu tidak menghentam mana-mana pihak sebaliknya merupakan pengalaman sendiri yang pernah dilalui dalam hidupnya.
Ryan Bakery selamat bernikah, netizen puji 'smart arr'
Majlis pernikahan pasangan itu dikongsikan menerusi beberapa pengguna media sosial termasuk adiknya sendiri, Adam Bakery.