awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan

Gempak
Gempak
08/01/2016
06:58 MYT
Hati Datuk Seri Vida terguris apabila disumpah dalam dialek Kelantan
Mengakui kadang kala dia merasa sayu mendengarkan cakap-cakap orang yang tidak suka dengannya, Datuk Vida yang berasal dari Machang, Kelantan ini terus tabah dalam melaksanakan niatnya. - Gambar Fail
PENGASAS produk Pamoga Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Vida menceritakan mengenai komen-komen yang diterimanya di laman sosial Instagram.
Antara komen yang paling teruk yang pernah diterima oleh Datuk Vida adalah sumpahan pengikut Instagram dalam dialek Kelantan.
“Antara komen yang paling mengguris hati saya adalah apabila ada pengikut di laman Instagram menyumpah saya menggunakan dialek Kelantan. Mungkin bagi mereka yang meninggalkan komen tersebut, ianya tidak kasar tetapi ada juga pihak yang merasakan ianya kasar.
“Apa yang boleh saya buat hanya menelan sahaja segala apa yang dikatakan oleh mereka. Saya memujuk hati saya sendiri dengan mengatakan yang mungkin mereka yang meninggalkan komen sedemikian rupa tidak faham dengan apa yang saya cuba juangkan,” kata Datuk Vida.
Mengakui kadang kala dia merasa sayu mendengarkan cakap-cakap orang yang tidak suka dengannya, Datuk Vida yang berasal dari Machang, Kelantan ini terus tabah dalam melaksanakan niatnya.
“Kadang-kadang, saya rasa letih dan sedih. Ada kalanya saya terasa hati. Tetapi, saya cekalkan diri kerana saya tahu perjuangan saya memang bakal melalui ujian sebegini. Saya cuma tetapkan niat saya yang satu iaitu mahu membawakan produk Pamoga Qu Puteh dikenali dan digunakan ramai orang di luar sana.
“Alhamdulillah, sekarang saya dapat rasakan impak positif atas apa yang saya lakukan. Mereka dah mula memahami cara pemasaran yang saya lakukan. Saya percaya jika dahulu ada yang menyampah dengan saya, pastinya lama kelamaan mereka boleh menerima dan rasa suka itu akan terbit sendiri,” kata Datuk Vida yang ditemui di majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza Istana Budaya (KMGVIB).
KMGVIB yang dipentaskan hasil kerjasama pihak Astro dan Istana Budaya ini dipancarkan khas oleh penaja utama, Pamoga Qu Puteh. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan penyatuan hebat bintang Gegar Vaganza musim pertama dan kedua di atas satu pentas pada 15, 16 dan 17 Januari ini!
Tiket untuk menyaksikan KMGVIB dijual pada harga RM89, RM189, RM239, RM349, RM399 dan RM899 (beserta hidangan cocktail). Mula dijual pada 7 Januari, tiket KMGVIB boleh dibeli menerusi laman web www.ticketcharge.com.my dan kaunter TicketCharge.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Vida
#Kelantan
#Qu Puteh
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan