PELAKON kacak, Aeril Zafrel menjadi tumpuan wanita Korea ketika sedang bercuti bersama isteri, Wawa Zainal dan anak-anak di sana.

Wawa Zainal menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memuat naik video Aeril bersama beberapa wanita Korea yang mahu bergambar dengannya.

Wawa memberitahu sepanjang mereka di sana Aeril bukan sahaja menjadi tumpuan wanita Korea malah kaum lelaki di sana yang tertarik dengan ketampanan wajah suaminya itu.

Pun begitu Wawa pelik mengapa ramai yang ‘geram’ melihat suaminya itu hingga teruja untuk bergambar.

Sedikit cemburu dengan suaminya, Wawa dengan berseloroh berkata:

“Hello bini dia kat sebelah ni,” tulisnya

Rata-rata peminatnya berpendapat imej Aeril yang berjambang itu mungkin menjadi tarikan orang Korea kerana lelaki di sana sukar dilihat begitu.

Jgn kata awek korea..org laki pun ramai geram ngn aeril cuma xsempat nak rekod..hahahaha ..kenapa ehhh..