awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hello peminat K-pop! Ini tayangan hebat Korea di Astro sepanjang Februari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
04/02/2022
06:19 MYT
Hello peminat K-pop! Ini tayangan hebat Korea di Astro sepanjang Februari
Unexpected Business 2 dibintangi oleh Jo In-sung dan Cha Tae-hyun - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Peminat K-pop boleh menikmati K-drama dan pelbagai program Korea di Astro sepanjang Februari bermula malam ini.
Astro Malaysia Holdings Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, tayangan hebat itu boleh ditonton menerusi tvN di saluran 395 HD; K-Plus (Astro GO saluran 396), On Demand serta Astro GO.
Antara program yang bakal menemui penonton termasuk program realiti 'I Can See Your Voice 9', yang disiarkan pada pukul 10.30 malam ini di tvN.
 Astro, Korea
Foto: Astro
Kepada mereka yang rindukan kekacakan dua jejaka bandar, ‘Unexpected Business 2’ akan kembali dengan musim baharu!
Ia akan disiarkan 22 Februari ini pada pukul 10.30 malam di tvN.
Selain itu, siri drama muzikal Korea, ‘Your Playlist’ yang dibintangi pelakon popular Yoon San-ha, Park Su-min dan ramai lagi pada 14 Februari, jam 8 malam di K-Plus.
Tidak ketinggalan pelanggan Astro turut disajikan dengan drama bersiri Korea, ‘Kill Heel’ dan siri romantik seram Korea, ‘Sponsor’.
Kedua-dua siri tersebut bakal disiarkan pada 24 Februari ini di saluran K-Plus dan tvN (Saluran 395 HD).
Jadi, jangan lepaskan peluang menyaksikan K-Idol terhangat sepanjang Februari ini!.
Topic Berkaitan
#K-Drama
#K-pop
#hiburan Malaysia
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan