awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Henry Golding bakal bintangi filem sains fiksyen

Agensi
Agensi
10/02/2023
04:06 MYT
Henry Golding bakal bintangi filem sains fiksyen
Henry Golding mengumumkan beliau bakal membintangi filem terbaharu sains fiksyen bertajuk Daniela Forever arahan pengarah Sepanyol, Nacho Vigalondo. - Gambar Instagram HENRY GOLDING
PELAKON ternama Hollywood, Henry Golding mengumumkan beliau bakal membintangi filem terbaharu sains fiksyen bertajuk Daniela Forever arahan pengarah Sepanyol, Nacho Vigalondo.
Menurut laporan portal Deadline, produksi filem berkenaan akan menjalani penggambaran di Madris, Sepanyol sekitar musim bunga/panas kelak.
Mengulas tawaran baharu yang diterimanya itu, pelakon berusia 36 tahun kelahiran Sarawak itu berkata, naskhah Daniela Forever merupakan salah satu daripada skrip terbaik yang pernah dibaca sepanjang bergelar pelakon.
“Ini merupakan satu daripada skrip yang saya gemari yang pernah saya baca dan akan saya lakukan sebaik yang mungkin untuk bekerjasama dengan Nacho Vigalondo dalam filem ini. Saya tidak sabar untuk berkongsi kisah ini dengan seluruh dunia kisah istimewa ini,” kata Golding dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya.
View this post on Instagram
A post shared by Henry Golding (@henrygolding)
Laporan portal berkenaan yang turut memetik Vigalondo sebagai berkata: “Filem ini dihasilkan dalam lingkaran karakter manusia yang terperangkap dalam plot yang berbeza.
"Saya sangat teruja dengan pasukan yang terlibat dalam projek ini dan berharap penceritaan ini akan menterjemahkan apa yang ingin saya zahirkan mengenai cinta, hasrat dan Madrid,” jelas Vigalondo.
Sutradara ini sangat tersohor menerusi karya-karya seperti Timecrimes, Extraterrestrial and Colossal yang dibintangi oleh Anne Hathaway dan Jason Sudeikis.
Sementara itu, Golding baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Old Guard 2 terbitan Netflix dan akan sekali lagi bekerjasama dengan pengarah Guy Ritchie untuk filem World War II.
Topic Berkaitan
#Henry Golding
#filem sains fiksyen
#Daniela Forever
#Nacho Vigalondo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan