Skip to main content

Malaysia

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Malaysia

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI MALAYSIA KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia._FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Advertisement

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat negara ini.

Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan agar Malaysia sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan keberkatan Allah SWT, dikurniakan keamanan yang berpanjangan serta dilindungi daripada segala bentuk musibah.

“Sultan Ibrahim turut menzahirkan rasa syukur atas nikmat perpaduan dan keharmonian yang sekian lama terjalin dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta menjadi asas penting kepada kekuatan dan kestabilan negara,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement