Skip to main content

Dunia

Mayat wanita ditemukan selepas nahas bot di Venice, dua maut

#Venezia, the search continues for the woman missing after the collision between two boats that occurred yesterday in the Tessera canal. At work are the divers of the #vigilidelfuoco, the Drago VF 172 helicopter, and water scooters [#13settembre 15:30]
Teksi air itu dipercayai bergerak pada kelajuan sekurang-kurangnya 40 kilometer sejam. - Foto X/@vigilidelfuoco
Advertisement

ROM: Dua orang disahkan maut susulan perlanggaran antara teksi air dan bot bermotor di Venice, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selepas operasi mencari selama beberapa hari, mayat seorang wanita berusia 26 tahun ditemukan di perairan bandar lagun Itali itu, menurut pihak berkuasa pada Selasa.

Suaminya yang berusia 25 tahun meninggal dunia selepas dimasukkan ke hospital. 

Pasangan itu, lelaki warga Itali dan wanita warga Brazil, baru tiga bulan mendirikan rumah tangga.

Kemalangan berlaku pada pagi Sabtu sebelum matahari terbit di lagun antara Lapangan Terbang Venice dan Dataran St Mark.

Sebuah teksi air yang dalam perjalanan ke pusat bandar bersejarah itu bertembung dengan bot kecil dinaiki pasangan berkenaan ketika melalui lagun. 

Teksi air itu dipercayai bergerak pada kelajuan sekurang-kurangnya 40 kilometer sejam.

Polis berkata, kerosakan teruk pada bot kecil itu menunjukkan perlanggaran berlaku dengan impak yang kuat. 

Siasatan mengenai punca kemalangan masih dijalankan.

Pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran bahawa pemandu teksi air sering bergerak pada kelajuan berlebihan.

-- BERNAMA-dpa

 

 

Must Watch Video

Advertisement