Saluran radio Hitz FM kini memperkenalkan barisan pengemudi baharu untuk segmen Sarapan Pagi hitz Morning Crew bersama J, Arnold dan RD.
Menurut Pengurus Rangkaian Kandungan hitz fm, Raqeem Brian, hampir dua juta pendengar telah memilih stesen itu sebagai pilihan mereka dan pihaknya akan terus menyediakan platform hiburan yang lebih santai serta serasi dengan pendengar.
"Dengan adanya pelbagai latar belakang dan pengalaman, kami percaya kehadiran mereka ini bakal menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sentiasa memulakan hari mereka dengan suasana yang lebih santai dan segar, " katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Bergelar penyampai baharu hitz fm, J yang berasal dari Amerika juga mempunyai gaya persembahannya yang tersendiri apabila ke udara bagi mendekati pendengar di negara ini.
"Saya akan berkongsi pengalaman saya sendiri untuk mengendalikan Rancangan Sarapan Pagi ini dan pastinya membuatkan setiap pagi anda menjadi satu pagi yang menakjubkan khas buat pendengar hitz fm," katanya.
Sementara itu, bagi gabungan baru antara Arnold dan RD pula, kedua-dua pengemudi itu yakin mereka akan membawa perubahan yang sangat besar dalam industri hiburan tanahair untuk menghiburkan pendengar masing-masing.
Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew, turut menampilkan beberapa program menarik termasuk Dirty Pop, Mind Trap, Repost Of The Day dan masih meneruskan salah satu kandungan yang diminati ramai iaitu gotcha calls.
J, akan sentiasa mengemaskini pelbagai kandungan dari Hollywood paling hangat di segmen 'Dirty Pop'.
Manakala bagi program 'Mind Trap' pula, penyampai akan memilih perkataan dan pemanggil dikehendaki untuk tidak bercakap lebih dari 3 perkataan dalam masa seminit untuk memenangi hadiah berbentuk wang tunai.
Selain itu, program 'Repost Of The Day', penyampai akan berkongsi satu topik dan cerita di media sosial untuk menarik perhatian pendengar setia mereka.
Pengemudi Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew juga akan memulakan pengembaraan mereka ke seluruh Malaysia bermula tahun depan bagi memenuhi permintaan para pendengar.
Trio baharu hitz Morning Crew ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 6 hingga 10 pagi bermula sejak 19 Disember ini.
Astro Awani
Tue Dec 20 2016
Rancangan Sarapan Pagi hitz fm Morning Crew, turut menampilkan beberapa program menarik termasuk Dirty Pop, Mind Trap, Repost Of The Day dan Gotcha Calls. - Foto Hitz FM
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.