awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir, sistem pengangkutan huru-hara akibat ribut besar di Sepanyol dan Portugal
Penyelam teknikal masuki feri karam di selatan Filipina, angka kematian meningkat kepada 45
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hitz FM tamat ke udara 28 jam tanpa henti

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
03/06/2016
06:32 MYT
Hitz FM tamat ke udara 28 jam tanpa henti
Mula ke udara pada seawal jam 6 pagi pada Khamis, program yang diterajui tiga penyampai radio dari 'The Hitz Morning Crew' iaitu Ian, RD dan Arnold tamat pada jam 10 pagi Jumaat. - Foto Astro AWANI/AZZYATI AHMAD
Saluran radio Inggeris Hitz FM mencipta sejarah tersendiri dengan ke udara selama 28 jam tanpa henti di radio dan di Facebook Live.
Mula bersiaran seawal jam 6 pagi pada Khamis, program yang diterajui tiga penyampai radio dari 'The Hitz Morning Crew' iaitu Ian, RD dan Arnold tamat pada jam 10 pagi Jumaat.
Menurut Pengurus Rangkaian Kandungan Astro Radio, Raqeem Brian Abdullah, program itu diadakan bersempena cuti sekolah bagi mendekatkan lagi komunikasi antara pendengar dan juga penyampai-penyampai Hitz FM.
“Dengan adanya Facebook Live ini, interaksi antara penyampai radio dan pendengar itu akan berlangsung secara maksudnya bila pendengar bertanyakan soalan, deejay boleh jawab terus,” kata Brian kepada Astro AWANI, hari ini.
Dalam masa yang sama, salah seorang penyampai radio, Arnold berkata, pengalaman tersebut membuat mereka berasa teruja kerana ada pendengar yang sanggup bersengkang mata menemani mereka sehingga lewat pagi.
“Terkejut juga bila ada pendengar yang dari mula sampai ke habis, masih setia menonton dan memberikan komen di Facebook Live kami. Itu yang membuat kami terus bertenaga untuk berjaga dan bersiaran.
“Kami juga dikunjungi pendengar dari seluruh dunia seperti London, New Zealand, Texas dan New York. Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan,” kata Arnold mewakili Ian dan RD.
Acara yang kali pertama diadakan stesen radio berkenaan berjaya mencapai hampir 100,000 tontonan.
Turut hadir melihat acara itu berakhir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio, Datuk Dr Jake Abdullah.
Penyampai-penyampai radio Hitz FM sebelum ini pada 2014 pernah mencatat rekod sebagai stesen radio paling banyak mengambil gambar selfie berkumpulan bersama pendengar setia mereka.
Topic Berkaitan
#Arnold Hitz
#Facebook Live
#hitz fm
#Ian Hitz
#Raqeem Brian Abdullah
#RD Hitz
#The Hitz Morning Crew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan