Home of Live: Astro perkukuh jenama, angkat hiburan tempatan sambil galak solidariti komuniti

'Home of Live' bukan sahaja menyiarkan kandungan, tetapi juga mewujudkan rasa kebersamaan dan mengeratkan hubungan antara peminat serta bakat tempatan.
PUTRAJAYA: Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan langsung negara melalui platform strategik 'Home of Live', yang menghimpunkan konsert, program realiti, acara khas serta aktiviti fizikal dan digital di bawah satu ekosistem menyeluruh.
Penolong Kanan Naib Presiden Pemasaran Kandungan Kumpulan Astro, Ezura Shazween Kamal Bahrin, berkata inisiatif itu dirangka untuk memastikan Astro kekal sebagai destinasi utama hiburan langsung dengan menawarkan pengalaman yang lebih eksklusif, interaktif dan inklusif kepada penonton.
Menurutnya, program realiti sentiasa menjadi tarikan kerana keterlibatan emosi serta interaksi penonton, dan 'Home of Live' memperkukuh kekuatan itu melalui pelbagai ruang penyertaan dua hala, termasuk acara di lapangan, interaksi digital dan aktiviti komuniti.
“Platform ini bukan sahaja menyiarkan kandungan, tetapi juga mewujudkan rasa kebersamaan dan mengeratkan hubungan antara peminat serta bakat tempatan,” katanya ketika ditemui pada acara Home of Love @ Hello Putrajaya, pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Ezura menekankan komitmen Astro terhadap usaha kemasyarakatan melalui siri aktiviti kebajikan yang dijalankan selari dengan acara hiburan.

'Home of Live' bukan sahaja menyiarkan kandungan, tetapi juga mewujudkan rasa kebersamaan dan mengeratkan hubungan antara peminat serta bakat tempatan.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Astro sekali lagi menggerakkan Tabung Bantuan Banjir Astro Kasih, mengajak penonton menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.
"Kod QR akan dipaparkan di skrin siaran di televisyen dan lokasi acara bagi memudahkan orang ramai memberi bantuan.
“Hiburan boleh menjadi platform perantara untuk kebaikan. Konsert ini bukan sahaja acara hiburan, tetapi simbol solidariti dan keprihatinan kepada mereka yang ditimpa musibah,” ujarya.
Inisiatif ini mengukuhkan lagi misi Astro untuk memartabatkan hiburan tempatan sambil membawa impak positif kepada komuniti.
Sementara itu, sebagai antara bakat yang terlibat dalam program hiburan Astro, penghibur serba boleh dan peserta Gegar Vaganza 12, Mark Adam menyifatkan acara sedemikian sebagai pembuka peluang lebih besar buatnya.

Antara peminat yang membanjiri acara Home of Live @ Hello Putrajaya, pada Sabtu.
“Luar biasa apa yang saya dapat apabila menyertai program Gegar Vaganza. Penerimaan orang ramai di luar sana sangat luar biasa. Pertama kali sepanjang lebih 10 tahun dalam industri, saya ada kelab peminat sendiri yang wujud disebabkan Gegar Vaganza. Itu sangat istimewa.
"Saya juga dapat peminat baharu, ada yang baru mengenali saya, malah pengikut platform saya digital saya juga meningkat sebab Gegar Vaganza,” jelasnya.
Pelakon dan penyanyi Alvin Chong pula menyifatkan Astro sebagai ekosistem hiburan paling lengkap untuk seseorang artis berkembang.
“Astro platform yang sangat 'all-rounder'. Ada media, drama, acara, radio, platform penstriman dan macam-macam lagi. Jadi kalau artis dapat bekerjasama dengan Astro, mudah bagi mereka mempromosi lagu, drama, malah dalam masa yang sama buat aktiviti kebajikan pun boleh.
"Rasa terharu dan bangga juga sebab saya sendiri ‘dilahirkan’ dari program Astro iaitu Star Quest, dan sehingga sekarang masih aktif," katanya.
Nikmati hiburan dan rancangan-rancangan terbaik seisi keluarga dengan Astro One, kini dengan akses ke Saluran Kanak-Kanak dan Disney+ dari RM69.99/bulan untuk momen bersama yang lebih bermakna.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


