awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“I love you Am, bahagialah di syurga firdausi” - Aufahanie

Gempak
Gempak
14/08/2024
23:45 MYT
“I love you Am, bahagialah di syurga firdausi” -  Aufahanie
Air mata Aufahanie sudah kering meratapi pemergian abang tercinta, Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang.
PENYANYI Aufahanie mendoakan Allahyarham abangnya, Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia selepas dilaporkan hilang.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aufahanie atau Aufahanie Mokhtar, 21, mendoakan abangnya itu ditempatkan di Syurga kelak.
“I love you Am (Afham).
“Bahagialah di Syurga Firdausi,” tulisnya diserta dua fotonya bersama Afham ketika kecil.
Dalam pada itu, Aufahanie tidak mempu menahan sebak lagi apabila menangis dengan berita pemergian abang tercinta.
“Air mata sampai dah habis. Menangis tanpa air mata. Allahu Allahu,” ciap Aufa di platform X.
Tambah Aufahanie, dia dan Afham sangat rapat dan seorang yang sentiasa ada ketika berdepan apa jua masalah.
Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang adalah Nidza Afham. - Gempak
Topic Berkaitan
#Nidza Afham Mokhtar
#Nidza Afham meninggal dunia
#penyanyi Aufahanie
#Jambatan Kota Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan