PELAKU seni tersohor, Datuk Rosyam Nor akhirnya memberi respons terhadap dakwaan netizen yang melabel dirinya sebagai biadab dan menjadi tajuk pemberitaan sejak awal minggu ini.
Sensasi itu tercetus selepas Rosyam yang hadir memenuhi undangan Anugerah MeleTOP pada Ahad lalu sebagai penyampai anugerah bersama Shuib, bertanya mengenai keinginan bekas suami Allahyarham Siti Sarah tersebut untuk mencari pengganti selepas lapan bulan bergelar duda anak empat.
Lantaran pertanyaan tersebut, segelintir netizen melabelkan beliau sebagai tidak sensitif malah digelar biadab.
Padahal, apa yang tidak diketahui oleh netizen adalah pertanyaan yang dilontarkan Rosyam kepada Shuib adalah atas persetujuan bersama.
Keduanya sudah merencana dialog yang akan diperkatakan saat bergandingan menjadi penyampai anugerah.
Ia bukan kejadian yang berlaku secara spontan sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Shuib.
“Saya ingin mengatakan apa yang dilontarkan dan kemudian dipertontonkan kepada masyarakat pada malam itu adalah satu gurauan yang telah dirancang bersama Shuib.
“Shuib tahu apa yang ingin saya tanyakan, dan dia juga bersedia untuk membalas pertanyaan saya dalam cara yang tidak terlalu formal.
“Jadi ia bukanlah sesuatu yang tidak sensitif atau saya cuba menjatuhkan maruah Shuib dengan soalan sedemikian,” ujar Rosyam sewaktu ditemui di Pejabat Suhan Movies Sdn Bhd di Setiawangsa, Kuala Lumpur, tengah hari Selasa.
Pengarah dan pelakon yang sangat disegani itu bagaimanapun tidak menafikan beliau boleh digelar tidak sensitif sekiranya bertanyakan soalan yang menimbulkan rasa kurang senang segelintir masyarakat itu sekiranya Shuib baru ditinggalkan Sarah dalam tempoh satu minggu atau satu bulan.
“Saya mengaku tidak sensitif jika melemparkan soalan tersebut sewaktu Shuib baru kehilangan Sarah dalam tempoh satu minggu atau sebulan misalnya.
“Tetapi ia sudah 10 bulan dan yang paling penting, Shuib bersetuju untuk kami melontarkan dialog dialog sedemikian,” jelas Rosyam lagi.
Dalam pertemuan sama, Rosyam turut melahirkan rasa terkilan apabila netizen yang tidak memahami ‘seni dunia hiburan’ dan persahabatan di antara anak seni dengan mudah melabel dirinya sebagai biadab serta tidak sensitif.
Malah beliau juga mengatakan tidak teragak agak untuk menyaman baik pihak media, blogger ataupun netizen seandainya andaian yang dibuat mampu menjatuhkan maruah dan reputasinya.
“Penting untuk kita sebagai manusia atau netizen ini mencerna dahulu sesuatu dengan baik sebelum melabel sesiapa pun dengan perkataan yang kurang baik sehingga mampu memberi kesan buruk kepada kami.
“Saya boleh saman media, blogger atau netizen yang mengatakan saya biadab dan celupar misalnya kerana bagaimana mahu membuktikan saya biadab?
“Bagaimana mahu melabelkan saya sebagai celupar jika apa yang terjadi adalah atas persetujuan bersama dan memang sudah dirancang sejak awal?
“Dan mengapa tidak mengambil perkara yang baik berbanding mahu diketengahkan kerana ia dilihat sedang trending atau boleh dijadikan bahan untuk disensasikan?” tegasnya lagi.
Sehubungan itu usahawan berjaya itu berharap pada masa akan datang, selain media, netizen juga perlu berhati hati sebelum ‘menjatuhkan hukum’ kepada orang lain.
“Saya bukan muda lagi untuk dijadikan konten dan viral dengan cara kurang manis macam ini.
“Ini menjatuhkan maruah dan mencalar reputasi saya secara keseluruhannya.
“Buat media, tolonglah jangan suka ‘petik’ apa yang netizen lontarkan kerana saya percaya rakan media yang saya hormati penuh dengan etika,” akhirinya.
Terdahulu, nama Rosyam menjadi bualan selepas tindakannya bergurau dengan Shuib disalah tafsir segelintir netizen.
Ironi, dalam kalangan media dan karyawan seni, Rosyam dikenali sebagai figura yang senang didekati, mudah memberi kerjasama serta sangat bertanggungjawab dalam setiap tindakannya.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Wed Jun 01 2022
Sensasi itu tercetus selepas Rosyam bertanya mengenai keinginan Shuib untuk mencari pengganti selepas pemergian isterinya Siti Sarah. -Gempak
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Rosyam Nor dilantik Duta Keusahawanan PKNS, kukuhkan peranan, perkasa industri keusahawanan Selangor
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor lantik pelakon terkenal dan usahawan berjaya Datuk Rosyam Nor sebagai Duta Keusahawanan PKNS, berkuat kuasa 1 Dis 2023.
Rosyam Nor minta maaf
"Sebenarnya, itu (video tular) adalah promo untuk program podcast aku di Suhan Channel yang bertajuk Otak Porno dan ia adalah perbincangan."
'Tanpa mereka, saya tak mungkin capai semua ini' - Rosyam Nor tak kisah jadi pelaris produk IKS
Menurut Rosyam, apa yang dilakukan sebagai antara sumbangan kecil terhadap peminat yang selama ini menyokong perjalanan seninya.
'Ia gurauan dirancang bersama Shuib' - Rosyam sangkal diri biadab, tidak sensitif
Rosyam turut melahirkan rasa terkilan apabila netizen yang tidak memahami seni dunia hiburan dan persahabatan di antara anak seni.
Bantu mangsa banjir, Rosyam Nor terima sumbangan penyembur air
Rosyam bersama kumpulannya sudah bersedia untuk menjalankan misi bantuan mereka.
'Artis antivaksin tariklah diri sendiri, jangan susahkan orang lain' - Rosyam Nor
Pelakon prolifik Datuk Rosyam Nor menggesa artis yang belum mendapatkan suntikan lengkap vaksin mahupun golongan antivaksin agar menolak tawaran berlakon.
#NoToLanun: "Orang ramai tak sedar mereka mencuri, anggap karya seni semuanya percuma" - Rosyam
Rosyam Nor berpendapat, masalah cetak rompak sebetulnya berakar umbi pada ketiadaan penguatkuasaan yang tegas oleh pihak berwajib.
Siti Nurhaliza, Rosyam Nor terima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup AAM
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dipilih menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup Selebriti 2019 oleh Akademi Pengurusan Asia
All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip
Pertandingan komedi pentas (stagecom) itu berkonsepkan realiti dan bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air.
'Dia ugut nak rampas dan rogol saya' - Amelia Henderson dedah episod hitam
Kejadian berkenaan berlaku selepas menghadiri satu acara membabitkan satu program televisyen.