awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa tertarik nama Barbie dan Ken, carian meningkat

Agensi
Agensi
10/08/2023
06:55 MYT
Ibu bapa tertarik nama Barbie dan Ken, carian meningkat
Carian nama Barbie meningkat sebanyak 603 peratus, manakala carian nama Ken meningkat 293 peratus susulan kejayaan filem berkenaan. -Facebook Barbie the Movie
MINAT terhadap nama Barbie untuk diberikan kepada zuriat meningkat susulan kejayaan filem itu.
Nameberry, sebuah portal senarai nama bayi popular, mendapati bahawa carian nama berkenaan telah meningkat sebanyak 603 peratus, sejak trailer filem Greta Gerwig itu pertama kali dilancarkan, April lalu.
Data itu juga mendapati nama Ken juga semakin popular, dengan kajian menunjukkan carian bagi nama tersebut telah meningkat sebanyak 293 peratus.
Bercakap kepada portal People, Ketua Pengarang NameBerry, Sophie Kihm, mengakui bahawa data itu tidak bermakna ibu bapa sedang mempertimbangkan kedua-dua nama ini.
"Barbie dan Ken menarik minat ibu bapa, tetapi ini tidak bermakna ia akan diterjemahkan kepada penggunaan sebenar.
"Buat masa ini, Barbie adalah nama Amish yang dominan,” kata Kihm.
Walaupun popularitinya meningkat, Kihm tidak menjangka pencarian nama Barbie dan Ken berterusan sepanjang tahun.
"Barbie dan Ken kedua-duanya adalah nama lama yang tidak dijangka kembali popular.
"Mungkin terdapat sedikit pertambahan berpunca daripada filem itu.
"Kedua-duanya tidak akan menjadi antara nama bayi paling popular pada 2023," katanya.
Menurut senarai 2,000 nama bayi perempuan paling popular Nameberry, Barbie berada di kedudukan 1,896, manakala dalam senarai nama bayi lelaki, nama Kenneth (atau Ken) berada di tempat ke-113.
Topic Berkaitan
#Barbie
#Ken
#nama bayi
#Nameberry
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan