IBU kepada pelakon Fizo Omar, Hasnah Jidin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menyalahkannya sekali gus menjadi punca perceraian anaknya dan Mawar Karim.
Menurut wanita berusia 59 tahun itu, rasa terkilan tidak dapat dibendungnya lagi lebih-lebih lagi apabila netizen melemparkan pelbagai tohmahan hingga mengganggu emosinya.
[BACA: Fizo, Mawar Bercerai Talak Satu]
"Ibu mana mahu anaknya bercerai? Saya sebagai seorang ibu turut menasihati Fizo dan Mawar untuk berbaik-baik.
"Saya sayang Mawar dan kami baik-baik saja sampai sekarang walaupun mereka sudah bercerai.
"Apabila pelbagai tuduhan yang bukan-bukan dilemparkan kepada saya, hati saya terguris dan memang saya tertekan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bangi, Selangor hari ini.
Dalam pada itu, Hasnah terkejut apabila ada pihak yang menuduh perceraian Fizo dan Mawar disebabkan campur tangan keluarga.
"Saya ada ramai anak dan saya selesa tinggal bersama Fizo sejak usia remajanya lagi.
"Sepanjang tempoh enam tahun perkahwinan Fizo, saya tidak menumpang rumahnya sepanjang masa. Ada juga bergilir-gilir tinggal di rumah anak-anak saya yang lain," tambahnya.
[BACA: [VIDEO] Fizo Masih Sayang Tapi Mawar 'No Comment'!]
Fizo dan Mawar bercerai pada 10 Julai lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.
[BACA: Sah Bercerai, Apa Jadi Dengan Restoran Fizomawar Kitchen?]
Gempak
Fri Jul 19 2019

Air mata Hasnah Jidin sukar dibendung dalam pertemuannya dengan media pada Jumaat.

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri

Kenaikan harga barang: Kerajaan tak berpeluk tubuh - Ismail Sabri
Langkah tersebut, jelas Ismail Sabri termasuk menyalurkan subsidi sehingga RM700 juta bagi menstabilkan harga makanan termasuk ayam.
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa Agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujudnya dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Bad Indigo, Ashira umum bercerai, rahsiakan punca perpisahan
"Biarlah saya, dia dan Allah saja tahu," kata Ashira yang tidak berhasrat berkongsi sebab perceraian itu berlaku.

"Yang saya perlukan kesetiaan..." - Ellie luah bukan kekayaan yang diminta dari Azri
Ellie Suriaty dedah sepanjang hidup dengan Azri Iskandar tidak pernah dia minta seurat rantai atau cincin berlian.

"Naluri seorang isteri kuat" - Ellie Suriaty tak terkejut Azri dah nak kahwin lagi
Ellie berkata dia sudah menyedari perubahan itu dihujung perkahwinan mereka selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dan membawa haluan masing-masing.

Ras Adiba akui kahwin kali kedua dengan mantan suami
Ras memilih merahsiakan mengenai perceraian mereka kerana menganggap ia sebagai perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

"Saya syukur benda ni jadi sekarang.." - Shila Amzah lega beraya sebagai ibu tunggal
Penyanyi Shila Amzah mengakui berasa lega dan suka menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Seth Uwais.

Shila Amzah sah bercerai selepas 4 tahun mendirikan rumah tangga
Menerusi hantaran tersebut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 31, turut melahirkan rasa syukur selepas urusan perceraiannya bersama bekas suami selesai dan berjalan lancar.

Angelababy cerai selepas 7 tahun, majlis kahwin RM128 juta tinggal kenangan
Bagaimanapun, mereka berpisah secara baik dan akan membesarkan anak mereka yang baru berusia lima tahun bersama-sama.

Siti Saleha sah bercerai, reda perkahwinan hanya bertahan 4 tahun
Pelakon Siti Saleha akhirnya bercerai secara sah dengan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar dalam sebuah prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor, hari ini.

Shila Amzah dedah sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suami
Shila memaklumkan, dia dan anaknya sudah dua bulan tinggal di rumah kedua ibu bapanya di Kuala Langat.