awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TLDM akan mengoperasi dua jenis misil antipermukaan Mac ini
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman

Gempak
Gempak
20/03/2024
08:13 MYT
Ibu menangis, Zizan buat kejutan hadiahkan kereta Mercedes idaman
Tidak dapat menahan sebak, ibunya terus menangis teresak-esak sebelum memeluk Zizan yang berada di sebelahnya. -TikTok Hafiza Razak
PELAWAK dan pelakon, Zizan Razak berjaya membuat kejutan dengan membelikan sebuah kereta berjenama mewah kepada ibu kesayangannya.
Momen indah tersebut dikongsi oleh abangnya, Hafiza Razak menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.
Pada mulanya ibu mereka tidak mengesyaki apa-apa dan hanya merakamkan tulisan yang ditunjukkan di sebuah skrin kecil di kedai kereta berkenaan.
“Penjual buat-buat tanya ibu, ibu suka Mercedes ke? Lepas itu ajak tengok kereta baru kot kot berkenan, ialah nak tunggu berbuka kan.
“Apa salahnya tengok bukan kena bayar pun, tapi ibu masa ni langsung tak perasan apa-apa.
"Mungkin masa ni hati ibu berkata-kata wow bertuahnya orang ni dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.
Namun secara tiba-tiba tertera ayat yang menunjukkan bahawa ibunya merupakan pemilik kerete Mercedes berkenaan.
“Tahniah, anda adalah pemilik, ibu tercinta, daripada anakmu Zizan,” tulisnya.
Tidak dapat menahan sebak, ibunya terus menangis teresak-esak sebelum memeluk Zizan yang berada di sebelahnya.
“Masa ini pun sebak lagi, yela dapat kereta idaman, dah berjaya ibu miliki hadiah daripada Zizan Razak.
“Alhamdulillah adik, along bangga dengan adik, banyak tolong kami. Kami sayang awak, adikku,” tulisnya.
Zizan sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya tahun lalu.
Rata-rata netizen memuji sikap Zizan yang menghargai adik-beradik selain tidak lokek untuk berkongsi rezeki. -Gempak
Topic Berkaitan
#Mercedes
#Zizan Razak
#kejutan buat ibu
#ibu menangis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan