awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemain badminton Denmark Antonsen tarik diri daripada Terbuka India akibat pencemaran udara
Hong Kong ikrar perkukuh keselamatan bangunan selepas kebakaran maut
Pakatan baharu, perjanjian dagangan bantu Malaysia kurang risiko global pada 2026 - WEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu Raisa meninggal dunia akibat kanser paru-paru

Astro Awani
Astro Awani
29/11/2025
03:20 MYT
Ibu Raisa meninggal dunia akibat kanser paru-paru
Raisa kehilangan ibu tercinta, Ria Mariaty Rachmat Ardiwinangoen pada pagi tadi. Allahyarham Ria Mariaty meninggal dunia akibat kanser paru-paru.
IBU kepada penyanyi terkenal Indonesia, Raisa, dilaporkan meninggal dunia selepas sekian lama berjuang melawan kanser paru-paru.
Berita duka itu disahkan oleh keluarga artis berkenaan menerusi hantaran di Instagram milik abangnya, Rinaldi Nurpratama.
“Dengan penuh duka cita, kami keluarga besar menyampaikan bahawa Ibu Almarhumah Ria Mariaty Binti Rachmat Ardiwinangoen telah berpulang ke Rahmatullah pada hari ini, pukul 07.19 (waktu Indonesia Barat) di RS (Rumah Sakit) Dharmais,” tulis Rinaldi.
Menurut kenyataan keluarga, jenazah akan disemadikan di rumah duka di kawasan Cinere, Depok, Jawa Barat.
Rinaldi dan Raisa turut memohon doa daripada keluarga, sahabat serta mereka yang mengenali Allahyarham agar segala amal ibadah diterima dan ditempatkan di sisiNya.
Mereka juga memohon agar segala kesalahan dan kekhilafan Allahyarham dimaafkan.
Difahamkan, Allahyarham telah lama mendapatkan rawatan akibat kanser paru-paru tahap empat.
Raisa dan Rinaldi sentiasa berada di sisi ibu mereka sepanjang tempoh rawatan, termasuk ketika menjalani transfusi darah pada Mac lalu.
Antara momen yang menyentuh hati ialah ketika Rinaldi mencukur rambutnya sendiri sebagai tanda sokongan selepas ibunya mengalami keguguran rambut akibat rawatan kemoterapi.
“Ibu tidak sendirian. Hari ini, aku mencukur rambutku bersamamu - bukan hanya kerana kemoterapi, tapi kerana kita menjalani ini bersama,” tulis Rinaldi pada Februari lalu.
Allahyarham didiagnosis menghidap kanser paru-paru pada Disember 2024, selepas pemeriksaan kesihatan menyeluruh pada Mei tahun sama tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit tersebut.
Topic Berkaitan
#ibu Raisa
#meninggal dunia
#Ria Mariaty Binti Rachmat Ardiwinangoen
#kanser paru-paru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan