TIDAK sampai seminggu dilancarkan, iklan Aidilfitri Astro bertajuk Kisah Benar Adli dan Luqman mengundang sebak dikalangan penonton.
Mula dimuatnaik di laman Facebook rasmi Astro Gempak pada Sabtu lalu, iklan yang memaparkan kisah seorang ayah membesarkan anak istimewa pengidap autisme bernama Luqman telah menerima 1.4 juta capaian, 403 ribu tontonan dan lebih 5300 perkongsian.
Rata-rata penonton terkesan dengan pengorbanan Adli yang sanggup berhenti kerja hanya kerana ingin menebus kesilapan lalunya terhadap Luqman disamping memberi sepenuh perhatian kepada anak keduanya itu.
Pertemuan dengan Adli atau nama sebenarnya Mohd Adli Yahya, 52, memberi kesempatan kepada Astro Gempak untuk mendalami kisah suka duka dan cabaran kepada bapa enam orang anak ini membesarkan Luqman.
"Luqman dilahirkan normal sama seperti bayi lain, namun ketika usianya dua tahun saya mula menyedari anak yang diberi nama Muhammad Luqman Shariff ini tidak sama seperti kanak-kanak seusianya.
“Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling menyebabkan saya risau seterusnya, membawa Luqman berjumpa doktor.
“Saya bawa Luqman bertemu tiga orang doktor kerana tidak dapat menerima keputusan yang diberi oleh doktor pertama.
“Harapan saya cuma satu...saya menantikan keajaiban supaya berlaku kesilapan dalam laporan kesihatan Luqman,” luahnya tenang.
Sukar menerima kenyataan Luqman seorang kanak-kanak istimewa menyebabkan Adli tidak melayan anaknya dengan baik.
“Saya kasar dengan Luqman sehingga pada satu tahap saya pernah duduk di atas dada Luqman hanya kerana marahkan dia bermain air liur.
“Mujur saya ada seorang isteri yang sentiasa memberi semangat dan kata-kata positif sehingga saya sendiri sedar apa yang dilakukan itu salah.
“Mula terdetik di dalam hati, apa guna pegang jawatan pengarah eksekutif kalau tidak mampu membesarkan seorang anak istimewa,” ceritanya sebak.
Tidak mahu terus dihambat dosa dan rasa bersalah, Adli berjanji di hadapan Luqman untuk memberi kasih sayang dan sepenuh perhatian kepada anaknya itu.
“Saya berhenti kerja. Saya jaga Luqman sepenuh jiwa saya. Saya mahu menebus kesalahan saya terhadap Luqman. Saya kesal dengan apa yang telah saya lakukan kepadanya ketika dia masih kecil dan tidak tahu apa-apa.
"Saya tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya saya untuk anak istimewa ini. Saya mahu mendidk Luqman supaya dia boleh berdikari apabila saya dan isteri sudah tiada nanti?
“Memang saya ada lima orang anak lain tapi mereka akan ada hidup masing-masing nanti,” katanya.
Bertitik tolak dari situ, Adli menubuhkan Autism Cafe Project pada tahun 2016 untuk membantu anak-anak autisik yang lain.
“Di Autism Café, anak-anak ini istimewa diberi pendedahan dan bergaul dengan masyarakat. Mereka diberi peluang melakukan kerja-kerja pengurusan kafe seperti menyediakan makanan, mengambil pesanan, mencuci pinggan, menyusun kerusi meja dan lain-lain lagi,” ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Gempak
Wed Jun 14 2017
Iklan yang memaparkan kisah seorang ayah membesarkan anak istimewa pengidap autisme bernama Luqman telah menerima 1.4 juta capaian, 403 ribu tontonan dan lebih 5300 perkongsian.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.