awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ikut pesanan arwah bapa, Fazley Yaakob bakal naik pelamin November depan

Gempak
Gempak
27/07/2018
05:08 MYT
Ikut pesanan arwah bapa, Fazley Yaakob bakal naik pelamin November depan
Ketika berkahwin dan bersanding 12 tahun lalu, ramai rakan-rakan Fazley dan Azrene tidak dapat hadir. - Astro GEMPAK
MENGIKUT pesanan arwah bapa, Datuk Yaakob Mohammad, cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob bakal bersanding semula dengan isterinya, Datin Azrene Ahmad pada November hadapan.
Menurut Fazley, majlis tersebut bakal diadakan secara sederhana.
"Ketika berkahwin dan bersanding 12 tahun lalu, ramai rakan-rakan terutamanya pihak media serta ahli keluarga tidak dapat menghadirkan diri atas sebab yang tak boleh dielakkan.
"Jadi, kami merancang untuk bersanding semula secara sederhana sahaja. Semuanya bertujuan untuk meraikan tetamu yang tak dapat hadir ke majlis kami dahulu. Ia juga merupakan salah satu pesanan arwah bapa," kata Fazley.
Tambah pelantun lagu Chocolate Cake ini, semuanya masih berada dalam fasa perancangan lagi.
"Semuanya masih dalam perancangan. Idea atas kertas itu ada tetapi belum lagi kami laksanakan. Saya dan isteri masing-masing sibuk dengan kerjaya kami.
"Insya-Allah, jika tiada aral melintang, majlis tersebut bakal diadakan pada minggu ulang tahun perkahwinan kami, tetapi tarikh spesifik belum ada lagi," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran restoran Mamanda Kuala Lumpur di Tournament Players Club (TPC), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dibuka semenjak setahun lalu, Mamanda Kuala Lumpur menyajikan juadah Melayu nusantara enak buat tetamu yang berkunjung.
"Alhamdulillah, semenjak dibuka setahun lalu, restoran ini mendapat sambutan yang sangat positif. Kami mencari masa yang sesuai untuk merasmikannya dan akhirnya, Mamanda Kuala Lumpur telah dilancarkan.
"Restoran ini sangat unik kerana menyajikan makanan Melayu ala nusantara yang dihidangkan dalam dulang," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#azrene ahmad
#bapa
#bersanding semula
#chef
#Fazley Yaakob
#keluarga
#Mamanda Kuala Lumpur
#Melayu
#perkahwinan
#persandingan
#restoran
#Yaakob Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan