Industri perfileman wajar memberi perhatian kepada platform digital sebagai satu lagi peluang untuk menjana pendapatan.
Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Datuk Norman Abdul Halim berkata ini kerana majoriti penonton terdiri daripada golongan muda lebih berminat menggunakan platform digital untuk mengakses pelbagai kandungan.
"Sekarang ini kita ada platform digital yang lebih popular, iaitu platform digital secara permintaan (on demand) ataupun langganan permintaan.
"Ini mencipta satu lagi peluang ataupun 'window' kepada penerbit dan pengedar untuk menjana pendapatan di luar pawagam dan di luar siaran televisyen," kata Norman ketika ditemui Astro AWANI pada Forum Cetak Rompak Kandungan di Petaling Jaya pada Selasa.
Bagaimanapun, Norman berkata sehingga ini masih tiada formula yang konsisten dari segi pendekatan dalam menggunakan platform digital ini.
"Kita lihat harus ada pertimbangan bagaimana untuk mewujudkan lebih banyak platform VOD (video-on-demand) dalam negara.
"Ada penerbit atau pengedar yang memasuki Astro First, mungkin ada yang melalui platform lain atau terus ke stesyen tidak berbayar.
"Bagi mana-mana kandungan sekalipun, di luar negara ada platformnya, walaupun semua ada hak masing-masing, tetapi industri secara keseluruhan sepatutnya ada satu sistem yang lebih teratur," katanya.
Tegas Norman, penggiat industri perlu lebih bersedia kerana platform digital dan penggunaan VOD ini adalah masa depan industri filem.
"Ini akan memberi manfaat kepada penggiat industri dan juga penonton dalam negara.
"Mereka yang tiada akses kepada pawagam boleh mendapat kandungan ini melalui platform digital ini.
"Ini sekaligus dapat memastikan mereka tidak mencari alternatif haram seperti cetak rompak dalam mendapatkan akses kepada kandungan," katanya.
Sementara itu, satu kajian oleh Alexa Data baru-baru ini mendedahkan di Malaysia, jumlah paparan laman web yang memiliki kandungan cetak rompak adalah 3.25 kali lebih tinggi berbanding laman web yang sah.
Bagi Norman yang sudah lama berkecimpung dalam industri kandungan, selain penguatkuasaan, pengguna juga perlu diberi pendedahan tentang maklumat kesalahan cetak rompak dari segi undang-undang.
Dania Zainuddin
Tue Oct 10 2017
Bagi Norman yang sudah lama berkecimpung dalam industri kandungan, selain penguatkuasaan, pengguna juga perlu diberi pendedahan tentang maklumat kesalahan cetak rompak dari segi undang-undang. - Gambar fail
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.