awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini amaran juga kepada Malaysia, Indonesia" - Angkuhnya George Clooney ulas isu LGBT!

Agensi
Agensi
15/05/2019
00:51 MYT
"Ini amaran juga kepada Malaysia, Indonesia" - Angkuhnya George Clooney ulas isu LGBT!
Clooney berpendapat bahawa apa yang berlaku merupakan 'satu amaran kepada Malaysia dan Indonesia'. - REUTERS
PELAKON George Clooney mendakwa tindakan memboikot hotel milik Sultan Brunei memberi kesan apabila negara itu kini menangguhkan hukuman hudud untuk kesalahan hubungan sejenis atau istilah popularnya, LGBT.
Dalam temuramah dalam program Ellen, pelakon Batman itu juga dengan angkuhnya berpendapat bahawa apa yang berlaku merupakan 'satu amaran kepada Malaysia dan Indonesia'.
"Ini juga amaran kepada negara-negara seperti Indonesia dan Malaysia yang juga sedang mempertimbangkan undang-undang ini.
"Untuk orang-orang kaya, boikot perniagaan mungkin tidak ada kesan tapi akan beri kesan kepada orang lain yang berurusan dengan mereka.
"Itulah caranya," kata Clooney.
The Sultan of Brunei passed a law that made being gay punishable by death. George Clooney spoke up. I couldnt be more grateful. pic.twitter.com/TYZNdrHMN8
— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) May 9, 2019
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini melanjutkan moratorium ke atas hukuman mati untuk undang-undang melarang seks sejenis ekoran kritikan global.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, menganggap kenyataan Clooney itu membayangkan dia sebenarnya tidak memahami Malaysia.
"Malaysia sebuah negara Islam, sudah tentu kita tidak boleh terima budaya LGBT," Kata Marzuki seperti yang dipetik dari portal The Star.
Topic Berkaitan
#Brunei
#george clooney
#hudud
#Islam
#pelakon
#Sultan Hassanal Bolkiah
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan