PENYANYI muda As'ad Motawh enggan menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden memalukan dalam rancangan hiburan siaran langsung di Indonesia baru-baru ini.
Kata Asad, 17 tahun, dia terlebih dahulu berbincang dengan pemuzik rancangan itu sekiranya mahukan dia menyanyi perlu mengikut 'key' yang bersesuaian dengan vokalnya.
"Sebelum naik pentas saya ada berbincang dengan pemuzik untuk menurunkan 'key' mengikut kemampuan vokal saya.
"Tetapi apabila berada di pentas, mereka menggunakan 'key' yang lebih tinggi dan meminta saya menyanyikan bahagian lagu yang paling susah.
"Saya terima sahaja apa yang berlaku ketika itu dan cuba yang terbaik namun suara saya pecah teruk!
"Saya tidak pasti ini satu sabotaj namun saya terima insiden ini daripada sudut positif dan mengambil pengalaman ini satu pengajaran untuk memperbaiki teknik nyanyian saya," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME 2018) di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.
BACA: Selsema, Sakit Tekak Punca As’ad Motawh Tak Dapat Menyanyi Dengan Baik
BACA: “Jangan Kecam, Pagi Memang Susah Nak Menyanyi”- Tajul Pertahan As’ad Motawh
As'ad mengakui kesilapan itu berpunca daripada dirinya dan akan lebih berhati-hati selepas ini.
"Saya belajar daripada kesilapan. Kalau tidak bersedia, lebih baik jangan menyanyi.
"Saya pun akan bersedia lebih awal sekiranya dikehendaki menyanyikan lagu orang lain. Kalau tidak mampu, saya terpaksa kata tidak," jawabnya jujur.
As'ad bagaimanapun bersedia untuk menyanyikan semula lagu Asal Kau Bahagia (Armada Band) sekiranya mengikut 'key' vokalnya.
As'ad yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini tercalon dalam kategori Artis Baharu MeleTOP AME 2018 di samping Hannah Delisha, Ismail Izzani, Wany Hasrita, Farah Nabilah dan Afifah Nasir.
Undian fasa pertama mula dibuka mulai 22 Jan 2018 bermula 6 petang hingga 23 Feb 2018 untuk anda menentukan lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal.
Undian boleh dibuat secara online di tiga buah platform iaitu di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan aplikasi RAKU yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.
Seterusnya undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori pula boleh dibuat menerusi laman web rasmi, aplikasi ERA dan RAKU serta kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, pukul 1 tengahari hingga 8 April 2018, pukul 12 tengahari.
Klik di sini untuk melihat senarai top 20 AME 2018.
Teks oleh: Amri Hassan
Gempak
Wed Jan 24 2018
As'ad terlebih dahulu berbincang dengan pemuzik rancangan itu sekiranya mahukan dia menyanyi perlu mengikut 'key' yang bersesuaian dengan vokalnya. - Instagram/@asadmotawh
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Hentikan sifat membenci, stop cyber bullying - Klip video pendek As'ad Motawh makan dalam!
Dalam usia yang masih muda, As'ad, 18, melalui detik-detik yang begitu menekan perasaannya seperti yang dipaparkan di dalam klip pendek tersebut.
As'ad Motawh hadir dengan single baharu, peminat taruh harapan lagu 'Selamanya'
Agak berbeza dengan lagu-lagunya sebelum ini seperti Senyum, Percaya dan Warna kini As'ad hadir dengan genre balada pula.
"Saya hampir mati..." - Tapi netizen dakwa As'ad Motawh sengaja jatuhkan diri
Kena tengok video itu sendiri!
Pelukan peminat wanita atas pentas didakwa gimik, ini jawapan As'ad Motawh
Penyanyi As'ad Motawh menafikan dakwaan kononnya kejadian dia dipeluk oleh seorang peminat wanita ketika membuat persembahan adalah gimik semata-mata.
Amboi ... Beraninya As'ad Motawh mengusik Kendall Jenner!
Supermodel dan selebriti popular Hollywood, Kendall Jenner berkongsi sekeping gambar baru-baru ini.
As'ad Motawh hampir patah hidung, jari tangan
PENYANYI, As'ad Motawh, 18, berkongsi di Twitter miliknya, hidung dan jari tangannya nyaris patah sewaktu melakukan latihan untuk muzik video single terbaharunya, semalam.
Saya suka 'stalk' - As'ad Motawh
Penyanyi popular menerusi lagu 'Senyum' memberitahu dia mempunyai hobi suka stalk pengikutnya di media sosial.
'Kalau Haqiem berhenti, saya pun akan berhenti menyanyi' - As'ad Motawh
Penyanyi muda As'ad Motawh ingin mengikut jejak langkah Haqiem Rusli sekiranya penyanyi itu bersara daripada dunia seni.
'Tak rosakkan lagu orang tak sah' - As'ad Motawh dikecam
As'ad diminta secara spontan menyanyikan lagu popular dari republik Indonesia itu ketika dijemput menghadiri sebuah rancangan televisyen yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad.
As'ad Motawh akhirnya tampil beri penjelasan insiden jatuh pentas 'runway'
As'ad tampil menjelaskan situasi sebenar yang menyebabkan dia tersadung dan terjelepuk di pentas itu.