TIKTOK adalah platform media sosial yang telah mengubah dunia. Mereka mempopularkan perkongsian video menegak serta telah melahirkan ramai selebriti dan usahawan.

Selama tiga tahun berturut-turut, TikTok telah menewaskan Instagram dalam jumlah muat turun aplikasi. Tetapi tahun 2023, buat pertama kali Instagram berjaya menewaskan TikTok.

Menurut Sensor Tower, tahun 2023 Instagram menerima 768 juta jumlah muat turun aplikasi. Ia adalah 20% lebih tinggi berbanding tahun 2022.

TikTok tahun lepas hanya menerima 733 juta jumlah muat turun iaitu 4% berbanding tahun sebelumnya.

Perkara ini tidak begitu mengejutkan kerana Instagram sudah lama menjadi aplikasi perkongsian gambar yang paling popular.

Ia kemudian menjadi lebih popular selepas Meta memperkenalkan Reels, ciri sama seakan TikTok iaitu video menegak.

Instagram turut menawarkan ciri dan fungsi lebih kurang sama serta turut membayar pencipta kandungan yang layak.

Adakah anda setia menggunakan TikTok atau seperti saya hanya menonton Reels pada Instagram? -Amanz