BEBERAPA kemas kini utama telah diberikan pada aplikasi Instagram bertujuan memberi kemudahan kepada pencipta kandungan untuk berinteraksi dengan pengikut.

Dimulakan dengan Polls in caption yang membolehkan tinjauan pendapat dibuat pada siaran utama yang di muat naik.

Sekali gus mampu meningkatkan penglibatan interaksi ramai pihak dalam sesebuah kandungan dengan mudah.



Ia berfungsi lebih kurang sama seperti fungsi tinjauan pada stories yang membolehkan anda bertanya soalan kepada khalayak ramai.

Seterusnya menyediakan diantara dua hingga empat pilihan jawapan untuk dipilih oleh mereka.

Hanya satu undian sahaja yang boleh dibuat dan peratusan untuk setiap pilihan undian juga akan dipaparkan kepada umum.

Perlu dinyatakan juga bahawa mana-mana tinjauan yang telah disiarkan tidak boleh disunting semula.

Seterusnya ialah Subscribe Sticker yang amatlah berguna untuk pencipta kandungan yang menggunakan Instagram Subscriptions.

Seperti yang diperlihatkan dalam contoh pelekat khusus ini boleh digunakan pada Stories seterusnya bantu meningkatkan jangkauan serta menarik pengikut baharu dengan cara yang lebih efektif.



Kemudian Notify sticker pula menyediakan cara lain untuk bantu memastikan pengikut sentiasa dimaklumkan mengenai kemas kini baharu di aplikasi.

Ia berfungsi lebih kurang seperti Subscribe Sticker tadi yang kemudiannya menyediakan tiga pilihan notifikasi kemas kini yang termasuk Posts, Stories dan Reels.

Kesemua ciri ini diumumkan oleh Adam Mosseri yang merupakan ketua pegawai eksekutif Instagram menerusi video pendek di akaun rasmi baru-baru ini. -Amanz