awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Hafidz Roshdi terima saman daripada 'pihak ketiga'

Sinar Harian
Sinar Harian
25/03/2023
08:41 MYT
Isteri Hafidz Roshdi terima saman daripada 'pihak ketiga'
Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan menerima surat tuntutan saman daripada 'pihak ketiga'. Foto: IG Nurul Shuhada
SHAH ALAM: Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri mengesahkan menerima surat tuntutan saman daripada 'pihak ketiga'.
Menerusi hantaran di Instagramnya, Nurul Shuhada memaklumkan 'pihak ketiga' memfailkan satu tuntutan saman terhadapnya susulan kenyataan yang dimuat naik pada 15 Februari lalu.
"Ramadan ketiga (hari ini), semalam (kelmarin) saya dimaklumkan oleh pihak peguam bahawa ada menerima surat tuntutan dari pihak ketiga.
"Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15/2/23 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.
"Tak apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah, saya kena kuat demi perjuangan saya.
"Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak," katanya pada Sabtu.
Bagaimanapun Nurul Shuhada tidak menjelaskan secara terperinci siapakah 'pihak ketiga' tersebut.
View this post on Instagram
A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)
Kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan ramai apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain.
Kemudian muncul pula wanita bernama Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Bagaimanapun, Athira mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada selepas didakwa mengganggu-gugat kebahagiaan rumah tangga mereka.
Namun, Nurul Shuhada dalam perkongsiannya di laman Instagram pula memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nurul Shuhada Mat Shukri
#Athira Yuhada
#Hafidz Roshdi
#tuntutan saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan