awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri keguguran, Amy Search luah rasa sedih

Sinar Harian
Sinar Harian
05/07/2018
04:03 MYT
Isteri keguguran, Amy Search luah rasa sedih
Foto Instagram Amy Search
HASRAT penyanyi rock terkenal tanah air, Amy Search, untuk menimang cahaya mata keempat tidak menjadi kenyataan apabila bayi dalam kandungan isterinya, Norish Hassan, 37, disahkan meninggal dunia.
Difahamkan, pasangan ini kehilangan bayi mereka yang berusia 11 minggu itu pada Khamis lalu selepas doktor tidak dapat mengesan degupan jantung bayi.
Amy menerusi laman Instagramnya malam tadi telah berkongsi berita tersebut dan meluahkan rasa sedihnya dengan apa yang berlaku.
“Degupan itu akhirnya terhenti dan hilang dari pandangan. Alex, Sania dan Qaqa tertunduk saat mendapat berita ini. Qaqa menangis teresak-esak. Kini tiada lagi cerita baby yang bakal mereka miliki antara mereka.
“Moga kami semua reda dengan dugaan yang tak terpandang ini. Aku pasti dugaan itu datang bersama keindahan dan sabar itu sama seperti berbesar hati dengan dugaan-NYA. AmeenYRA,” luah Amy pada status yang dimuat naik bersama sebuah video yang memaparkan sesi pemeriksaan doktor.
Pada perkongsian yang sama, penyanyi yang cukup dikenali menerusi lagu Isabella ini juga telah menulis kata-kata yang dedikasikan buat bayinya itu.
"Aku tersentak langsung tersedar
Cuaca dingin menanda hati yang kian rawan
Terbayang seribu kemungkinan
Sejenak ku mendakap
Kau pun hilang, dari pandangan."
#amysearch
Terdahulu sebelum itu, Amy pada 24 Mei lalu telah mengumumkan tentang kehamilan Norish dan berkongsi kegembiraannya yang bakal menimang cahaya mata pada usia 61 tahun.
Amy dan Norish telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.
Manakala dari perkahwinan terdahulu, Amy mempunyai dua anak perempuan iaitu pelakon Nabila Huda, 34, (perkahwinan pertama) dan Irisha Myra, 21, (perkahwinan ketiga).
Selain itu, Amy juga mempunyai seorang cucu, Keisha Laila, 7, yang merupakan anak tunggal Nabila Huda.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Irisha Myra
#keguguran
#Keisha Laila
#menimang cahaya mata
#Nabila Huda
#Norish Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan