awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jaga Jebat elok-elok naa" - Pesanan Mamu Sharnaaz pada Noor Nabila, Engku Emran

Astro Awani
Astro Awani
19/03/2021
07:22 MYT
"Jaga Jebat elok-elok naa" - Pesanan Mamu Sharnaaz pada Noor Nabila, Engku Emran
KUALA LUMPUR: Aktor Sharnaaz Ahmad menyampaikan pesanan buat pengantin baharu Noor Nabila Mohd Noor dan Engku Emran Engku Zainal Abidin agar memelihara anaknya, Jebat Jayden dengan sebaik mungkin.
Dalam hantaran di Instagram peribadinya pada Jumaat, pelakon kelahiran Pulau Pinang yang mesra disapa Mamu Sharnaaz itu turut menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.
“Selamat pengantin baru Nabila dan Emran... semoga berbahagia ke anak cucu. Jaga jebat elok elok naaa,” tulis Sharnaaz dalam hantaran berkenaan.
Hantaran pelakon dan usahawan itu mendapat perhatian sejumlah rakan artis selain peminat-peminatnya yang mendoakan kehidupannya dipermudahkan.
Ada juga netizen yang menitipkan doa supaya Sharnaaz juga segera bertemu jodoh sekali gus mengakhiri zaman dudanya.
Sharnaaz merupakan bekas suami Noor Nabila dan hasil perkahwinan sebelum ini, mereka dikurniakan anak lelaki Jebat Jayden.
Jebat kini dipelihara secara bergilir-gilir oleh Sharnaaz dan Noor Nabila.
Noor Nabila sah bergelar isteri Engku Emran
BACA: Noor Nabila bergelar isteri Engku Emran
BACA: Cincin sebagai mas kahwin pengikat Noor Nabila, Engku Emran
Pada sekitar pukul 10.02 pagi, Noor Nabila menikahi Engku Emran di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Majlis pernikahan pasangan berkenaan berlangsung sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan-rakan karib mereka.
Noor Nabila, 36, yang juga kakak kepada usahawan dan selebriti tersohor, Neelofa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan tiada sebarang dulang hantaran diberi dan dibalas kedua-dua mereka.
Pengantin baharu juga tidak memaklumkan sebarang jumlah hantaran.
Sebelum itu, dalam hantaran Insta Story Neelofa, jelitawan itu memuat naik sedutan video Engku Emran dinikahkah oleh adik mereka, Mohamed Aqief Mohd Noor dengan hanya sekali lafaz.
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Noor Nabila
#Engku Emran
#Jaga Jebat elok-elok
#Mamu Sharnaaz
#nikah
#kahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan