awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamie Foxx dimasukkan ke hospital akibat 'komplikasi kesihatan'

Agensi
Agensi
13/04/2023
22:40 MYT
Jamie Foxx dimasukkan ke hospital akibat 'komplikasi kesihatan'
Jamie Foxx dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di bawah pemerhatian doktor. - Gambar fail REUTERS
PELAKON ternama Hollywood yang juga pemenang Oscar, Jamie Foxx dilaporkan sedang dirawat di sebuah hospital di Georgia, Amerika Syarikat (AS) dan di bawah pemerhatian doktor, kata sumber artis berkenaan kepada portal berita antarabangsa, CNN.
Dalam perkembangan sama, anak pelakon itu, Corinne Foxx yang memuat naik hantaran di akaun Instagram pula berkata, bapanya berdepan dengan ‘komplikasi kesihatan’ dan kini dalam proses penyembuhan.
Corinne, bagaimanapun, tidak menyatakan secara terperinci punca sebenar ayahnya dirawat.
CNN juga melaporkan sudah menghubungi wakil Foxx untuk mendapatkan reaksi mengenai berita tersebut. Namun, tiada sebarang maklumat berhubung tahap kesihatan Foxx yang dikongsi.
Bahkan, jurucakap Foxx, Alan Nierob juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan termasuk apa yang dikongsi Corinne di akaun Instagramnya.
“Tiada apa lagi yang boleh dikongsi setakat ini termasuk apa yang dikongsi (di Instagram),” katanya kepada CNN menerusi e-mel.
Foxx pada ketika ini dilaporkan sedang menjalani penggambaran filem untuk siaran Netflix, Back in Action di Georgia.
Topic Berkaitan
#Jamie Foxx
#komplikasi kesihatan
#Jami Foxx dimasukkan ke hospital
#Back in Action
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan