awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi

Gempak
Gempak
20/12/2023
02:00 MYT
“Jangan kerana satu kesilapan, semua kebaikan kita tak nampak” - Hafidz Roshdi
Hafidz Roshdi menamatkan zaman duda denan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada 16 Disember lalu. - Gambar Gempak
PELAKON Hafidz Roshdi memberikan peringatan buat orang ramai agar tidak terus menghakimi kesilapan orang lain.
Menurut Hafidz, sikap sedemikian akan menyebabkan segala kebaikan yang pernah dibuat individu terbabit seakan-akan ditutup dan dilupakan.
“Setiap manusia buat kesilapan, jangan kita hukum orang itu dengan kesilapan dia.
“Jangan kerana satu kesilapan dia buat, semua kebaikan dia kita tak nampak,” katanya.
Pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi, 29, itu turut menzahiran rasa syukur apabila ramai mendoakan kesejahteraan perkahwinannya yang berlangsung baru-baru ini.
Akuinya, masih ramai insan berada di belakangnya menyuntik kata-kata semangat tidak kira dalam apa jua situasi.
“Terima kasih kepada mereka yang menyokong saya daripada dulu sampai sekarang, doakan yang baik-baik untuk saya.
“Semoga yang baik-baik untuk saya dan juga isteri saya serta yang mendoakan kami,” ujarnya.
Hafidz bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam dengan sekali lafaz pada 16 Disember lalu.
Pada majlis pernikahan itu, Hafidz menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tiga dulang daripada pengantin perempuan.
Sebelum ini, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016.
Namun, mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang mendapat liputan meluas media.
Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.- Gempak
Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#Hafidz Roshdi kahwin lain
#Nurul Shuhada
#kontroversi Hafidz Roshdi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan