PENYANYI nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza berharap agar semua pihak dapat menghormati penghasilan sesebuah karya meskipun ia tidak menepati cita rasa setiap pendengar.
Menurut Siti, setiap komposer telah berhempas pulas mengerah idea untuk menghasilkan karya terbaik untuk seseorang penyanyi.
“Karya kreatif tu subjektif. Tiada sedap atau tak sedap. Pengkarya menghasilkan muzik mereka. Hargai komposer yang menghasilkan lagu meski zaman berganti zaman,” tulisnya.
Kenyataan tersebut merupakan respons Siti terhadap komen seorang individu di Instagram yang mengatakan lagu Romansa Kita yang dipersembahkan pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini kurang menyengat.
“Tak sedap lagu Datuk malam tadi. Suka lagi lagu Datuk yang dulu-dulu. Bukan tak mengikut peredaran semasa tapi entahlah, lebih baik Datuk kekalkan dengan persembahan dan lagu-lagu Datuk yang dahulu,” tulisnya.
Sementara itu, seorang lagi individu membuat andaian dengan mengatakan Siti dan team produksinya sebenarnya tahu akan kelemahan lagu-lagu di album Sitism berdasarkan pandangan-pandangan daripada netizen.
“Bila baca komen yang Tokti balas dekat satu komen ni yang cakap lagu tak sedap, secara peribadi saya rasa Tokti dan team sedar yang lagu baharunya ramai yang cakap tak sedap. Tidak seperti lagu-lagu terdahulunya,” kongsinya.
Lalu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu menyangkal dakwaan tersebut dan meminta semua pihak tidak memutarbelitkan kenyataannya.
“Saya tak pernah cakap lagu tak sedap. Saya menghargai setiap kerja keras dan karya orang. Ia melalui proses pemilihan.
"Muzik ini berkait dengan cita rasa. Kita suka atau tidak suka macam makanan juga.
“Tapi untuk cakap karya orang tak sedap, saya tak setuju sebab muzik ini luas dan subjektif.
“Jangan salah tafsir apa yang saya tulis dan alhamdulilah, yang suka bagi respons yang baik tak yang tak suka, mungkin dengar lagu yang mereka suka,” balasnya.
Terdahulu, Siti telah melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism pada 30 Jun lalu.
Album tersebut membuat lapan lagu baharu antaranya Sehebat Matahari, Ganti dan Menyapa Dunia. -Media Hiburan
Media Hiburan
Tue Jul 25 2023
Menurut Siti, setiap komposer telah berhempas pulas mengerah idea untuk menghasilkan karya terbaik untuk seseorang penyanyi. -Media Hiburan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.
Tersenarai di The Muslim 500, Siti Nurhaliza luah rasa syukur
Sudah sembilan tahun anak seni kelahiran Kuala Lipis ini berjaya berada sebaris dengan individu yang bukan calang-calang.