PIHAK pengurusan kepada penyanyi terkenal Anuar Zain, Anuar Zain Network, memohon agar peminat berwaspada dengan kewujudan akaun Instagram palsu yang menggunakan identiti penyanyi itu.

Hebahan tersebut disampaikan menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram Anuar Zain Network.

"Assalamualaikum dan Hello Semua. Pihak Anuar Zain Network ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun Instagram palsu.

"Diharap anda dapat membantu membuat report di Instagram tersebut supaya tidak ada yang terpedaya dengan maklumat dari akaun palsu tersebut. Kami dahului dengan ucapan terima kasih," tulisnya.

25.07.18 Assalamualaikum dan Hello Semua