awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium

Astro Awani
Astro Awani
09/03/2024
07:30 MYT
Jawi sahkan tangkapan pasangan berkhalwat di kondominium
Gambar tular penguat kuasa Jawi terpaksa mendapatkan khidmat bomba selepas suspek enggan membuka pintu unit berkenaan. - Gambar tular
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan pihaknya membuat tangkapan pasangan dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Jumaat malam.
Pegawai pihak berkuasa agama itu bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada pasangan terbabit adalah selebriti terkenal, seperti yang dilaporkan banyak pihak pada Sabtu.
Beliau berkata, satu pemeriksaan telah dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jawi di premis itu susulan aduan awam yang diterima.
"Siasatan lanjut dilakukan terhadap Orang Yang Disyaki (OYDS) di bawah peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], Seksyen 27 (Khalwat)," katanya ringkas ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau mengulas dakwaan penahanan pasangan artis berstatus suami orang dengan seorang pelakon wanita seperti dilaporkan media.
BACA: Artis berstatus suami orang, pelakon wanita dicekup berkhalwat?
Pada Jumaat, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam sebuah rumah.
Selebriti lelaki itu dikatakan pernah bercerai sebelum kembali rujuk dengan isterinya.
Laporan mengenai tangkapan itu dikatakan disahkan oleh saudara ipar kepada artis lelaki berkenaan.
Laporan itu antara lain menyebut penguat kuasa Jawi terpaksa menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas mereka enggan membuka pintu unit berkenaan.
Bagaimanapun, selepas tiga jam, pasangan itu terpaksa akur selepas bomba dikatakan mahu memecahkan pintu jika mereka enggan memberikan kerjasama.
Topic Berkaitan
#artis ditangkap khalwat
#JAWI
#pasangan selebriti
#khalwat dalam rumah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan