Jenazah pelakon dan pelawak terkenal tanah air Allahyarham Mr Os, atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid, 55, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak.
Jenazah dikebumikan kira-kira jam 6:30 petang tadi dihadiri anggota keluarga, rakan artis dan penduduk kampung.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Kampong Sri Gombak Indah, Batu Caves, Selangor sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.
BACA: Pelawak terkenal Mr Os meninggal dunia
Menurut anak lelaki Allahyarham, Mohd Hazwan Mohd Yusof, Mr Os mengidap penyakit kanser paru-paru sejak tahun lepas.
Katanya, Allahyarham meminta untuk dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami sesak nafas.
"Dia minta dimasukkan ke hospital sebab sesak nafas pada hari Isnin baru-baru ini.
"Sepanjang masa di hospital di dalam keadaan sedar sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira 2:45 petang tadi, dan kesemua ahli keluarga berada di sisinya pada ketika itu," kata Mohd Hazwan.
Allahyarham meninggalkan dua isteri dan tujuh orang anak yang berumur di antara 12 tahun hingga 29 tahun.
Mohd Hazwan menjelaskan pada awal tahun ini, dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat keselamatan.
"Ia adalah tanggungjawab saya, dan pada masa sama saya tahu penyakit yang bermula sebagai kanser tonsil pada tahap empat.
"Daripada tonsil, kanser itu merebak ke paru-parunya." kata Mohd Hazwan.
Kata Mohd Hazwan, hanya satu hajat Allahyarham yang tidak kesampaian iaitu untuk melihat anak-anak berjaya kerana mereka masih di alam persekolahan, termasuk anak perempuan yang sedang belajar dalam bidang perubatan di sebuah universiti di Mesir.
Antara pesanan terakhir yang dikongsikan oleh Allahyarham adalah untuk tidak mahu melihat keluarganya bersedih.
"Satu ketika dahulu semasa dia masih sihat, dia kata: 'Untuk saya sihat, orang lain tidak boleh bersedih'.
"Walaupun tidak sihat, dia tetap ceria di rumah dan kepada sesiapa yang dia jumpa," kata Mohd Hazwan.
Sementara itu, turut memberi penghormatan terakhir pada majlis pengkebumian ialah pelawak, Farok Husin.
Menurut Farok, pada mulanya dia tidak percaya dengan berita itu kerana tidak menerima sebarang maklumat tentang Allahyarham dalam tempoh seminggu ini.
"Mula-mula saya dengar, saya ingat mereka hanya mengarut tetapi bila dapat tahu yang sebenarnya, saya terkejut sebab kehilangan lagi seorang sahabat dalam industri hiburan ini," kata Farok.
Kata Farok, secara peribadi, dia sudah mengenali Allahyarham sejak tahun 90an.
"Baru-baru ini saya bekerjasama dengan dia dalam satu program dan selalunya jika berjumpa arwah, macam biasalah akan bergelak, tetapi semasa saya jumpa dia untuk program legenda pantun itu, dia lebih tenang, sebab tidak sihat.
Tambah Farok, walaupun Allahyarham dilihat sebagai seorang yang jauh lebih berpengalaman dalam industri, beliau sentiasa ramah dan selesa dengan sesiapa sahaja.
Dania Zainuddin
Fri Apr 08 2016
Jenazah Mr Os disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Kampong Sri Gombak Indah, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata, Gombak. -Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Jenazah pelakon Kamal Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Kamal Bakar selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Islam Bukit Baru kira-kira pukul 2.20 petang tadi.
Pelakon Kamal Bakar meninggal dunia
Allahyarham Kamal menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1 pagi di Hospital Melaka.
Pelakon Kamal Bakar kini nazak
Pelakon veteran, Kamaruldzaman Bakar kini berada dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU Hospital Melaka akibat kanser.
Kanser paru-paru: Saringan bersasar digalakkan, kesan penyakit lebih awal
Saringan kanser paru-paru bersasar digalakkan untuk mengesan penyakit lebih awal selain dapat dirawat dengan lebih berkesan.
Legenda bola sepak Khalid Ali meninggal dunia
Legenda bola sepak negara, Khalid Ali hari ini menghembuskan nafas terakhirnya selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru.
Wanita tidak merokok berisiko hidap kanser paru-paru
Kanser paru-paru merupakan punca kematian paling lazim dalam kalangan lelaki dan pembunuh kedua bagi wanita.
Jenazah Mahmood Zuhdi selamat dikebumi
Mahmood Zuhdi, 78, menghembuskan nafas terakhir pada 10.20 malam Sabtu di kediamannya di Seksyen 11, Petaling Jaya, akibat kanser paru-paru.
Khalid Ali terima sumbangan rawatan kanser paru-paru
Sumbangan dipohon pemain berusia 66 tahun kepada yayasan tersebut untuk membeli ubat suntikan Pembrolizumab 100mg.
Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.
Asap rokok punca utama penyakit berkaitan merokok, tiada korelasi dengan nikotin - NIH
Kandungan nikotin hanya akan menyebabkan ketagihan dan bukan punca utama kepada pelbagai penyakit berkaitan dengan asap rokok.