PELAKON Sharnaaz Ahmad memohon orang ramai supaya dapat mendoakan kesihatan datuk kepada isterinya, Haji Nor Mohammad yang kini sedang bertarung nyawa di Kelantan.

Menurut entri di Instagram (IG), Sharnaaz berharap agar datuknya segara pulih daripada masalah kesihatan yang dialaminya itu.

"Salam semua, saya mohon pada semua rakan rakan Muslim dan Non-Muslim yang ternampak post saya ni, TOLONG REPOST atas keikhlasan sendiri.

"Saya mohon anda yang terbaca post ini, dengan rendah diri berdoa pada yang Esa supaya Allah ringankan kesakitan beliau.

Salam semua, sy mohon pada semua rakan rakan muslim dan non muslim yg ternampak post sy ni, TOLONG REPOST atas keikhlasan sendiri. Sy mohon anda yg terbaca post ini, dgn rendah diri berdoa pada yg Esa supaya Allah ringankan kesakitan beliau. Atuk kesayangan kami semua Hj Nor Mohammad .. yg kini bertarung nyawa di kelantan.. jika boleh usah lah ditanya apa sakitnya. Semoga Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dgn kesembuhan dan kesihatan yg berpanjangan.. jika mampu sembahyang hajat buat beliau.. Saya merayu sesama rakan artis berdoa bersama, ini bukan post berbayar untuk anda, tapi insyaAllah akan dibayar dgn pahala oleh Allah Swt.

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


"Atuk kesayangan kami semua Haji Nor Mohammad, yang kini bertarung nyawa di kelantan.

"Jika boleh usahlah ditanya apa sakitnya. Semoga Allah angkat kesakitan beliau dan gantikan dengan kesembuhan dan kesihatan yang berpanjangan.

"Jika mampu sembahyang hajat buat beliau. Saya merayu sesama rakan artis berdoa bersama, ini bukan post berbayar untuk anda, tapi insyaAllah akan dibayar dengan pahala oleh Allah Swt," tulisnya.

Melihat diruangan komen, rata-rata pengikutnya menitipkan doa buat datuknya itu dan mereka juga turut meminta Sharnaaz serta keluarga yang lain tabah menghadapi dugaan ini.