awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Julia Perez hidap barah serviks

Astro Awani
Astro Awani
27/10/2014
10:47 MYT
Julia Perez hidap barah serviks
Julia Perez tidak dapat menahan kesedihannya akibat menghidap barah serviks namun dia tetap positif. - Gambar fail
Dunia hiburan Indonesia hari ini dikejutkan dengan pengakuan daripada bintang popular Julia Perez yang menyatakan bahawa beliau menghidap barah serviks.
Menurut laporan portal berita Kompas.com, penyanyi dangdut yang juga pelakon sinetron yang ringkas disapa sebagai Jupe itu mengumumkan hal tersebut secara mendadak bersama dokumen pemeriksaan perubatannya di Singapura.
"Aku kena barah serviks, peringkat 2A. Ini yg selama ini aku rahsiakan dari kalian," kata Jupe sambil menangis teresak-esak saat ditemui wartawan di Kemang, Jakarta.
Pemilik nama sebenar Yuli Rachmawati itu menambah, penyakit yang dihidapinya memerlukan ketahanan mental dan dia harus selalu berpikir positif.
Jupe yang pernah muncul dalam filem Suami-Suami Takut Istri itu memberitahu, gejala awal penyakitnya sudah dirasakan ketika dalam sebuah acara di Bali.
Ketika itu, Jupe mengalami pendarahan yang pada mulanya disangkakan normal akibat keletihan dan kemudian dia mengakui, dalam tempoh lebih tujuh bulan lalu masalah pendarahannya berulang.
Selain mempertimbangkan beberapa faktor, bintang tersebut mengaitkan penyakit itu dengan sebab utama iaitu masalah psikologi.
Topic Berkaitan
#barah
#Jakarta
#Julia Perez
#Jupe
#Serviks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan