MEDIA sosial ketika ini dilimpahi ucapan takziah buat artis dan penyanyi dangdut Julia Perez, terutama daripada kalangan artis dan peminat di Indonesia.

Antaranya, pelakon Ruben Onsu yang memuat naik gambar tangan Julia yang berada dalam genggamannya.

Menerusi akaun instagramnya, @ruben_onsu, Ruben turut meninggalkan kapsyen yang dilihat terlalu bersedih dengan berita peninggalan Julia, yang senang dikenali sebagai Jupe.

"Kenapa kau tinggalkan aku? Tapi kalau ini yang terbaik dan kau tidak dapat menahan sakit lagi, pergilah ke tempat yang lebih baik.

"Selamat jalan sahabat, terima kasih untuk semua kenangan indah kita dan engkau harus ingat aku sayang kau selamanya," kata Ruben di Instagramnya.


Pemain bola sepak Borneo FC, Diego Michiels turut meluahkan kesedihannya menerusi Instagram dan kapsyen: "Kau kini berada di tempat yang lebih baik tanpa menanggung lagi kesakitanmu. Aku sayang kamu."


Kata kunci "Julia Perez" dan "Jupe" turut trending di Twitter bagi pengguna di Indonesia.


Jupe meninggal dunia di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta, Indonesia pada Sabtu.

Perkara tersebut disahkan pengurusnya, Mario Markoneng ketika dihubungi media Kompas.com.

BACA: Siapa Jupe? 8 Fakta tentang Julia Perez