awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak

Syafique Shuib
Syafique Shuib
03/04/2017
01:06 MYT
Justin Trudeau 'cabar' bekas pelakon 'Friends' untuk bergasak
Matthew Perry sebelum ini pernah mendedahkan bahawa beliau pernah pukul Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau ketika berada di sekolah rendah yang sama. -Gambar: REUTERS/Mario Anzuoni/Christinne Muschi
PERDANA Menteri Kanada Justin Trudeau 'mencabar' seorang bekas pelakon ‘Friends’ untuk kembali bergasak, untuk mengulang semula kejadian sewaktu zaman kanak-kanak mereka.
Trudeau membuat kenyataan itu di akaun Twitternya sempena April Fool’s yang ditujukan kepada pelakon Matthew Perry yang melakonkan watak Chandler Bing dalam sitkom televisyen popular itu.
“Siapa yang tidak mahu memukul Chandler?” tanya Trudeau di Twitter.
I've been giving it some thought, and you know what, who hasn't wanted to punch Chandler? How about a rematch @MatthewPerry?
— Justin Trudeau (@JustinTrudeau) April 1, 2017
Perry kemudian membalas tweet itu dan menolak perlawanan itu kerana Trudeau sebagai ketua negara kini mempunyai satu pasukan tentera.
@JustinTrudeau I think I will pass at your request for a rematch kind sir (given that you currently have an army at your disposal)
— matthew perry (@MatthewPerry) April 2, 2017
Kenyataan Trudeau dibuat selepas Perry mendedahkan bahawa beliau pernah memukul Trudeau ketika mereka masih kanak-kanak sewaktu belajar di sekolah rendah yang sama di Kanada.
“Kawan saya (Chris Murray) berkata bahawa kami berdua pernah memukul Trudeau.
"Ketika itu beliau berjaya dalam arena sukan dan kami seakan cemburu dengan kejayaan beliau,” kata Perry dalam program bual bicara Jimmy Kimmel Live pada bulan lalu.
Perry turut meluahkan kekesalan dengan tindakannya ketika itu.
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#Kini Trending
#Matthew Perry
#media sosial
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan