awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat

Astro Awani
Astro Awani
12/06/2024
03:00 MYT
Kahar Kapla High Council: Aedy Ashraf, Sky Iskandar pegang watak Beja & Megat
Dalam Kahar Kapla High Council, Amir atau nama sebenar, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin diberi kepercayaan untuk memegang watak utama. - Astromedia
KUALA LUMPUR: Tanda tanya pelakon yang akan berganding dengan Amir Ahnaf dalam filem prekuel kepada siri fenomena, Projek High Council iaitu Kahar Kapla High Council akhirnya terjawab.
Ia selepas Astro Shaw pada Selasa mengumumkan pemilihan beberapa aktor termasuk Aedy Ashraf yang menggalas watak Beja.
Turut terpilih untuk membarisi filem prekuel berkenaan ialah model serta bakat baharu, Sky Iskandar sebagai Megat.
Selain itu, dua watak lain berjaya menerusi sesi uji bakat adalah Thompson Goh dan Khenobu yang masing-masing memegang watak Li dan Jojo.
Dalam Kahar Kapla High Council, Amir atau nama sebenar, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin diberi kepercayaan untuk memegang watak utama.
Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid yang sebelum ini mengarah siri Project: Anchor SPM.
Sebelum ini, pihak Astro Shaw mengadakan sesi pencarian pelakon yang bersesuaian bagi dua watak utama yang lain, iaitu Beja dan Megat.
Sesi uji bakat fasa pertama dibuka bermula 4 Mac hingga 16 Mac.
Projek High Council memaparkan kisah gelap dan buli pelajar-pelajar di sebuah sekolah asrama dikenali sebagai Ungku Deramat.
Projek: High Council turut dibintangi Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Naim Daniel dan Daiyan Trisha.
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#Kahar Kapla High Council
#Project High Council
#Amir Ahnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan