awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad boling padang negara raih kejuaraan berganda di China
Iran lancar tiga satelit buatan tempatan
Rezeky Tomyam 1 raih liputan promosi meluas selepas dinobatkan Pemenang Utama Pertama Kempen Astro BizOne Rewards
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat" - Nora teruja timang cucu sulung

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2020
10:26 MYT
"Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat" - Nora teruja timang cucu sulung
Senyuman bahagia seorang nenek. Nora teruja dengan kelahiran cucu sulung Ayden Johan. - Gambar Facebook NORA ARIFFIN
Penyanyi ternama tanah air, Nora Ariffin berkongsi berita gembira di atas kehadiran cucu sulungnya yang lahir pada Rabu di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penghibur yang sangat masyhur dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu tidak mampu menyembunyikan rasa syukur dengan anugerah yang amat memberi makna buatnya secara peribadi.
Cucu sulung yang diberi nama Ayden Johan itu merupakan permata hati kepada anaknya, Muhammad Syakir Iman dan isterinya, Putri Eilya Sofea.
“Sesungguhnya anak itu anugerah dan amanah dari Allah. Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri dan kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami. Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat,” tulis Nora dalam catatan di Facebook peribadinya.
Dalam hantaran itu juga, Nora turut menyatakan Allahyarham suaminya, Johan Nawawi tentu sekali akan menjadi orang yang paling gembira dengan berita kehadiran ahli keluarga baharu mereka sekiranya beliau masih ada.
“Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute dan macam iman. Sama macam kita sambut Iman dulu,” tulis Nora lagi.
Menggelarkan dirinya sebagai Wan, Nora turut menitipkan doa semoga Ayden Johan akan membesar sebagai anak yang baik dan soleh seperti Allahyarham datuknya yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Selang dua tahun selepas pemergian Johan, Nora diuji sekali lagi apabila anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan meninggal dunia pada 14 Disember 2019 ketika usianya 20 tahun.
Selain Muhammad Syakir Iman dan Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, Nora juga mempunyai dua anak perempuan, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah.
Topic Berkaitan
#Ayden Johan
#cucu sulung
#Di Persimpangan Dilema
#Johan Nawawi
#Nora Ariffin
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan