awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 7 tahun dari Malaysia diundang ke rakaman 'Cake Boss'

Syafique Shuib
Syafique Shuib
01/11/2016
14:31 MYT
Kanak-kanak 7 tahun dari Malaysia diundang ke rakaman 'Cake Boss'
Buddy Valastro tersentuh melihat kesungguhan Leah Choy yang berusia tujuh tahun untuk membuat dan menjual cupcakes. -Gambar: Astro AWANI/Syafique Shuib
Chef pastri terkenal Buddy Valastro meluahkan hasrat untuk menampilkan seorang kanak-kanak dari Malaysia untuk program realitinya di Amerika Syarikat.
Terkenal menerusi rancangan Cake Boss, Buddy tersentuh melihat kesungguhan Leah Choy yang berusia tujuh tahun untuk membuat dan menjual cupcake.
Hasil jualan kek disalurkan untuk membantu adiknya Adele yang harus menerima rawatan di Amerika Syarikat kerana mengidap cerebral palsy.
Setakat ini, Leah telah menghasilkan lebih dari 13,000 cupcakes.
Just met chef Leah @chefleahwithabigheart her story is amamzaing what a great little girl and her cupcakes are awesome read her story
A photo posted by Buddy Valastro (@buddyvalastro) on
Oct 31, 2016 at 1:28am PDT
This little chef touched my heart @chefleahwithabigheart follow her read her story what a amazing first day in Malaysia! @tlcseasia #TLCCakebossMY
A photo posted by Buddy Valastro (@buddyvalastro) on
Oct 31, 2016 at 1:55am PDT
Buddy menjelaskan perancangan untuk menampilkan Leah di dalam program Cake Boss harus melibatkan perbincangan bersama pihak produksi.
“Saya berminat untuk membawa beliau (untuk program Cake Boss) namun ia perlu ada perbincangan dengan pihak lain,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI.
Justeru itu, Buddy turut merancang untuk membawa Leah melawat ke kilang beliau di New Jersey.
“Ketika berada di Amerika Syarikat, saya akan membawa beliau ke kilang saya dan kami akan membuat kek sama-sama.
"Mudah-mudahan saya boleh membantu meningkatkan kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan meningkatkan pengumpulan dana Leah,” katanya.
Leah Choy (kiri) teruja dapat bertemu dengan idolanya, Buddy Valastro di Kuala Lumpur pada Isnin.
Leah Choy (kiri) teruja dapat bertemu dengan idolanya, Buddy Valastro di Kuala Lumpur pada Isnin.
Sementara itu, Leah turut teruja dengan jemputan buddy.
“Saya sangat gembira! Buddy berkata saya akan ke kilang beliau. Kami akan bekerjasama dan menghasilkan kek," katanya.
Ibu kepada Leah, Tay Mei Yean, berterima kasih kepada netizen yang membantu kongsi kisah Leah.
Ini kerana Leah sempat ke kedai pastri milik Buddy di New Jersey pada April namun ketika itu Buddy tidak berada di kedainya.
Apabila mendapat khabar bahawa buddy akan berada di Malaysia, beliau memuat naik satu catatan di Facebook dengan harapan dapat bertemu dengan idolanya.
Catatan itu dikongsi netizen sehingga mendapat perhatian Buddy yang sudi bertemu Leah dalam satu sesi suai kenal di Starhill Culinary Studio di Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertemuan di antara Leah dan Buddy diaturkan oleh rancangan bual bicara V Buzz yang bersiaran di Astro Ulagam.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan V Buzz. Mereka yang merealisasikan ini untuk Leah.
“Kami sangat seronok dapat bertemu beliau. Beliau begitu merendah diri dan juga ingin membantu dengan projek pengumpulan dana untuk Adele (adik kepada Leah). Kami tidak sabar untuk bertemu Buddy di Amerika Syarikat. Kami akan ke sana pada Khamis,” katanya kepada Astro AWANI.
Buddy berada di Malaysia untuk memprosikan musim ke-8 rancangan Cake Boss yang akan bersiara bermula 9 November di saluran TLC, Astro 707.
Topic Berkaitan
#Buddy Valastro
#Cake Boss
#Carlo's Bakery
#tlc
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan