awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kancil Awards & Creative Festival 2025: Astro tunjang evolusi industri kreatif Malaysia

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
01/12/2025
11:30 MYT
Kancil Awards & Creative Festival 2025: Astro tunjang evolusi industri kreatif Malaysia
Astro mencatat sejarah penting selepas berjaya merangkul beberapa kemenangan di Kancil Awards & Creative Festival 2025 sekali gus menjadi simbolik kekuatan syarikat penyiaran itu. - Foto Astro
SUBANG JAYA: Dalam landskap kreatif Malaysia yang semakin berkembang dan kompetitif, Astro sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju pengisian budaya dan penceritaan negara apabila mencatat sejarah tersendiri di Kancil Awards & Creative Festival, acara paling berprestij yang meraikan kecemerlangan kreatif sejak 1978.

Ringkasan AI
  • Dalam landskap kreatif Malaysia yang semakin berkembang dan kompetitif, Astro sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai peneraju pengisian budaya dan penceritaan negara apabila mencatat sejarah tersendiri di Kancil Awards & Creative Festival, acara paling berprestij yang meraikan kecemerlangan kreatif sejak 1978.
  • Buat julung kalinya, Astro tampil sebagai rakan media rasmi, mengukuhkan peranannya bukan sekadar sebagai penyiar utama negara, tetapi sebagai pemain industri yang memperkasa bakat, memajukan ekosistem kreatif, serta memacu kandungan Malaysia ke pentas antarabangsa.
  • Astro menampilkan dua figura penting industri, Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Ketua Strategi Kandungan Komersial Astro, Alex Goh dalam sesi bual bicara mengenai masa depan kandungan premium dan hala tuju kreativiti Malaysia.

Buat julung kalinya, Astro tampil sebagai rakan media rasmi, mengukuhkan peranannya bukan sekadar sebagai penyiar utama negara, tetapi sebagai pemain industri yang memperkasa bakat, memajukan ekosistem kreatif, serta memacu kandungan Malaysia ke pentas antarabangsa.
Kancil Awards & Creative Festival yang diadili oleh tokoh industri tempatan dan kreatif global terus menjadi simbol pengiktirafan tertinggi untuk idea, jenama, dan pengkarya negara. Tahun ini, penyertaan Astro memberi nafas baharu melalui penganjuran pentas hiburan, sesi panel dan aktiviti interaktif yang lebih segar, relevan dan inklusif.
Dalam pada itu, beberapa karya terbitan Astro turut mencuri perhatian apabila meraih satu kemenangan Perak dan sembilan Gangsa merentasi pelbagai kategori.
PERAK
- Entertainment Kancils Fiction & Non-fiction Film Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
GANGSA
- Entertainment Kancils Fiction & Non-fiction Film Tempat Letak Harmoni Astro Merdeka
- Film & Branded Content Kancils Film (Broadcast & Cinema): Single Astro One - Semua Show Best Best Ada
- Film & Branded Content Kancils Film (Online): Single Astro One - Semua Show Best Best Ada
- Film & Branded Content Kancils Film (Broadcast & Cinema): Single Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
- Film & Branded Content Kancils Film (Online): Single Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
- Craft Kancils Film Direction: Single Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
- Craft Kancils Music in Film Content Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
- Craft Kancils BM Copywriting, Content Writing & Scriptwriting: Single Lain Macamnya Raya Astro Raya 2025
- Outdoor Kancils Best use of live advertising events One Cent Thief 2
- Entertainment Kancils/Music Use of Original Composition sooka Giler Bronze
- Brand Experience & Activation Kancil Best use of Cultural Insights in Brand Experience & Activation Klinik Pontianak Bronze
Beberapa kakitangan Astro menyambut kemenangan dengan penuh girang. - Foto Astro
Beberapa kakitangan Astro menyambut kemenangan dengan penuh girang. - Foto Astro
Astro menampilkan dua figura penting industri, Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad serta Ketua Strategi Kandungan Komersial Astro, Alex Goh dalam sesi bual bicara mengenai masa depan kandungan premium dan hala tuju kreativiti Malaysia.
Raja Jastina menegaskan bahawa kekuatan sesebuah kandungan terletak pada ketulenan budaya.
“Trendsetters tunjuk apa yang gempak, tetapi budaya ialah apa yang benar-benar penting. Ia memberikan rasa kebersamaan, dan itu hanya wujud melalui keaslian,” katanya.
Beliau turut berkongsi bagaimana Astro Shaw memanfaatkan kekuatan naratif, legasi IP dan pengalaman bertahun-tahun dalam membentuk karya yang dekat di hati penonton.
“Kami memiliki akses kepada kandungan and IP premium. Polis Evo, contohnya, kekal relevan lebih 10 tahun kerana nilai budaya yang kuat,” tambahnya.
Kerjasama strategik Astro Shaw bersama jenama seperti Wanda Coffee turut membuktikan keupayaan penceritaan budaya dalam menjana impak perniagaan, termasuk pertumbuhan jualan sehingga 50 peratus dalam tempoh lima bulan. Sebelum ini, Astro juga telah menghasilkan filem berjenama untuk Mirinda dan 7Up yang melonjakkan jualan sehingga 133 peratus.
Sementara itu, Alex Goh menekankan bahawa masa depan kandungan premium sangat bergantung kepada ekosistem pengiklanan yang matang.
“Di peringkat global, masa depan kandungan premium semakin banyak dibiayai oleh iklan. Ekosistem pengiklanan yang berkembang akan menghidupkan ekosistem kandungan.
Apa yang kami lakukan ialah menghubungkan jenama kepada budaya. Bila ia berlaku, jenama tampak lebih relevan dan autentik, sekali gus membina hubungan bermakna dengan pengguna,” jelasnya.
Menurut Alex, cabaran utama industri hari ini bukan sekadar mencapai penonton, tetapi menarik perhatian mereka.
Peranan Astro di Kancil Awards & Creative Festival tahun ini turut diserikan dengan persembahan Hael Husaini dan ALPHA, antara segmen paling mendapat perhatian sepanjang festival. Inisiatif ini sekali gus membuktikan kekuatan Astro dalam merapatkan dunia hiburan dan kreativiti, selain sesi bual di atas pentas bersama Raja Jastina Raja Arshad dan Alex Goh yang menerima sambutan banyak pihak.
Ketua Majlis Kreatif dan Pengerusi Bersama Penganjur Kancils, merangkap Ketua Pegawai Kreatif Publicis Groupe Malaysia, Emir Shafri, turut menegaskan bahawa kerjasama dengan Astro merupakan salah satu faktor paling berpengaruh dalam kejayaan festival tahun ini.
Penyertaan Astro juga memberi nafas baharu melalui penganjuran pentas hiburan, sesi panel dan aktiviti interaktif yang lebih segar, relevan dan inklusif. - Foto Astro
Penyertaan Astro juga memberi nafas baharu melalui penganjuran pentas hiburan, sesi panel dan aktiviti interaktif yang lebih segar, relevan dan inklusif. - Foto Astro
Emir turut menyatakan bahawa peranan Astro melangkaui penyiaran ia membuka laluan baharu untuk jenama, pencipta dan penonton bersatu dalam satu ekosistem hiburan dan budaya.
“Tahun ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya kami bekerjasama dengan Astro di Kancil Awards & Creative Festival.
“Astro sebagai peneraju hiburan memberi kami banyak panduan praktikal tentang bagaimana jenama boleh menjadi sebahagian daripada hiburan, menyertai budaya, dan bekerjasama dengan pencipta hiburan bukan sekadar menghasilkan iklan,” katanya.

Topic Berkaitan
#Astro
#Kancil Awards & Creative Festival 2025
#industri kreatif
#penjenamaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan