PELAKON Linda Hasyim mendedahkan pemilik restoran Dol Mat Seafood yang viral selepas didakwa mengenakan harga tidak masuk akal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat adalah ibu saudaranya.
Menurut Linda, dia tidak bersetuju dengan tindakan Ekin yang menularkan isu tersebut tanpa berbincang dengan pemilik restoran terlebih dahulu.
“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi siap buat live tu. Kesian peniaga sekarang. Naik harga sahaja kena kecam.
“Ingatkan artis sahaja selalu kena kecam,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Beego itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Katanya lagi, dia juga kasihan dengan ibu saudaranya itu yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.
“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan.
“Bukan curi-curi ambil video orang, okey. Tak baik. Kesian mak cik saya,” katanya lagi.
Terdahulu, awal pagi tadi, wanita yang mengaku sebagai pemilik Dol Mat Seafood tampil memberikan penjelasan mengenai harga yang telah dikenakan sewaktu Ekin bersama keluarganya makam malam di restoran berkenaan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, wanita tersebut turut memperincikan ke semua harga makanan yang dipesan Ekin untuk 20 orang makan.
Perincian harga mengikut menu yang disenarai pemilik kedai makan tersebut membawa jumlah yang dibayar Ekin RM1,260.
Dalam pada itu, pemilik kedai makan di Johor itu turut menafikan kenyataan Ekin yang mendakwa hanya memesan dua ekor ikan sahaja.
“Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” katanya mengakhiri video tersebut. -Media Hiburan
Gempak
Thu Oct 05 2023
Linda Hasyim (tengah) mendedahkan pemilik restoran Dol Mat Seafood (kiri) yang viral selepas didakwa mengenakan harga tidak masuk akal adalah ibu saudaranya. -Media Hiburan
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
'Kata tak nak jatuhkan perniagaan' - Pemilik restoran rupanya ibu saudara Linda Hasyim
Menurut Linda, dia tidak bersetuju dengan tindakan Ekin yang menularkan isu tersebut tanpa berbincang dengan pemilik restoran terlebih dahulu.