Justin Bieber

LOS ANGELES: Kira-kira 12 orang detektif menggeledah rumah penyanyi remaja Justin Bieber untuk mencari bukti bagi dakwaan membaling telur ke arah kediaman jiran.

Namun lain yang dicari, lain yang ditemui apabila salah seorang pengiring penyanyi itu yang dikenali sebagai Xavier Smith ditahan kerana memiliki dadah jenis kokain.