awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/12/2024
14:09 MYT
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk seorang pengarah syarikat bergelar Datuk ditahan reman empat hari kerana dipercayai menerima rasuah sebagai balasan mendapatkan projek pembinaan di Sarawak, sejak dua tahun lalu yang dianggarkan bernilai RM250 juta.
Perintah reman sehingga 9 Disember ke atas suspek yang berusia 40 hingga 50-an itu dikeluarkan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan di Mahkamah Majistret Kuching, pada Khamis.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kedua-dua suspek dipercayai berpakat dan berkomplot bagi membolehkan beberapa syarikat mendapat projek-projek pembinaan dikeluarkan pejabat kerja raya sebuah daerah di Sarawak.
"Mereka dipercayai telah melakukan perbuatan itu antara tahun 2022 hingga 2024 sebagai balasan mendapatkan projek-projek pembinaan yang bernilai kira-kira RM250 juta.
"Susulan itu, kedua-dua suspek telah ditahan sekitar jam 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak, selain turut disahkan positif mengambil dadah jenis methamphetamine," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Beliuau juga tidak menolak sebarang kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Dadah
#Rasuah
#balasan kontrak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan