awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad tarik perhatian netizen

Gempak
Gempak
17/07/2023
22:45 MYT
Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad tarik perhatian netizen
Kehadiran MK K-Clique ke ceramah Ustaz Abdul Somad bersama rakannya, Yusuf Bahrin menarik perhatian netizen yang mengagumi peribadi mereka.
SELEPAS bergelar seorang suami, apa saja aktiviti penyanyi rap terkenal iaitu MK K-Clique bersama isterinya iaitu Siti Hajaar sentiasa menjadi perhatian di laman sosial.
Terbaharu, sebuah video memperlihatkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin sedang mendengar kuliah daripada pendakwah Nusantara terkenal iaitu Ustaz Abdul Somad tular di laman sosial.
“Pergi konsert Blackpink (x), pergi kuliah U. Abd Somad (/),” tulis di kapsyen video yang dimuat naik akaun TikTok milik @This.amier.
Kehadiran suami kepada penyanyi terkenal Zizi Kirana iaitu aktor Yusuf Bahrin yang duduk sebelah MK turut menjadi bualan netizen.
Rata-rata netizen memuji sikap dua sahabat itu yang tetap mengutamakan soal agama biarpun masing-masing berkecimpung dalam dunia seni.
“Kita kalau berkawan dengan orang baik, baik la kita… kalau berkawan dengan yang bukan bukan, bukan bukan la kita, simple.
“Berhibur-hibur juga, soal agama tetap nombor satu terbaik.
“Alhamdulillah... moga kalian terus istiqamah. Terus mengajak ke arah kebaikan... senang hati tengok,” komen beberapa netizen.
Difahamkan, Ustaz Abdul Somad datang ke Malaysia bagi menyampaikan ceramah sambutan Maal Hijrah 1445 di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 14 Julai lalu.
Kira-kira 36,000 orang terdiri daripada anggota TLDM dan keluarga serta orang awam sekitar daerah Manjung hadir pada majlis tersebut. - Gempak
Topic Berkaitan
#MK K-Clique
#Ustaz Abdul Somad
#ceramah Ustaz Abdul Somad
#MK K-Clique kahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan